Berita Harian Mohon Maaf Atas Karikatur Tsunami Di Jepun


Lawak kan gambar di atas ?..kalau difikirkan sekali, memang agak lucu jika kita menganggapnya cuma sekadar hiburan dan untuk menaikkan jumlah jualan akhbar. Tetapi lain pula yang terjadi bila lukisan ini dianggap seperti mempersendakan kejadian Gempa Bumi dan Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini.

Terus terang dikatakan karikatur ini seperti tidak supportif jika dinilai dari segi nilai moralnya ketika dunia masih lagi bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat jepun di sana. Imej karikatur hero Jepun yang terkenal iaitu Ultraman dilihat sedang lari dari Tsunami menjadi isu hangat ketika ini.

Jika sebelum ini ada artis lelaki polular kita yang dikritik dilaman sosial Facebook mengenai isu ini dan membuat jenaka dengan mempersendakan dengan situasi yang lebih kurang sama dengan karikatur di atas. Mungkin maksud beliau bukanlah mahu mempersendakannya, tetapi mungkin anggapan sesetengah pihak berbeza, rambut sama hitam, hati lain-lain. Kalau difikir balik, dalam menghayati kekuasaan Allah S.W.T, walau cangggih macam mana sekalipun teknologi, tiada yang boleh lari dari bencana yang diturunkan. Betul tak Fizz ?..


 rileks je hehe

 ramai bagi respon tapi...


sumber ; twitter

Malah agensi berita asing juga menyelar tindakan akhbar tempatan ini, yang dilihat seperti mempersendakan kejadian genpa bumi dan tsunami di Jepun. Walhal sebenarnya karikatur ini mempunyai banyak mesej tersirat yang menunjukkan sehebat mana pun teknologi negara itu, ianya tidak boleh lari dari kejadian alam dan bencana yang melanda, yakni kekuasaan Yang Maha Esa.

CNN iaitu salah satu agensi berita asing telah menyelar karikatur tersebut. Dan banyak mesej yang menghentam agensi akhbar negara kita itu, terutama dari rakyat negara jiran yang sememangnya anti Malaysia.

Lihat Berita selanjutnya -KLIK LINK DIBAWAH

Berita Harian sudah pun memohon maaf diatas ketelanjuran lukisan tersebut kepada seluruh rakyat dunia terutama jika menyentuh sensitiviti rakyat Jepun khasnya. 

keratan artikel -


Berita Harian mohon maaf

2011/03/14 MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.
 
Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG


p/s : kadang-kadang isu kecil manusia boleh berperang disebabkan berlainan pendapat..terpulang kepada pendapat masing dalam hal ni...Jom Rileks......

2 comments:

  1. biasalah bro..
    ramai yg nak amik kesempatan menyelar akhbar kat negara kita plak...
    kan kita biasa 'bidas' paper diorang...

    ReplyDelete
  2. betul tu..tapi yang xbestnya komen2 yang diberikan di web cnn tu oleh rakyat negara jiran ni..satu dunia baca woo..

    ReplyDelete

Popular Posts