FA CUP PREVIEW ARSENAL VS MAN UTD 12 MAC 2011

 
Malam ini satu lagi pertembungan klasik akan berlansung, pertemuan yang pastinya dinanti-nanti oleh peminat Arsenal dan Manchester United, bagi saingan FA Cup untuk musim ini. Apakah Arsenal mampu menambah duka Red Devils selepas dua kekalahan berturut-turut kepada dua kelab elit 1-2 kepada Chealsea dan 1-3 kepada Liverpool minggu lalu?...
 
Atau Man Utd akan membalas kedukaan itu, dengan membenam Arsenal yang juga pencabar terdekatnya setakat ini dengan Man Utd berkelebihan 3 mata dihadapan. Yang pastinya pasti kedua-dua pasukan mahu membuktikan sesuatu terutama Man Utd yang kalah dua perlawanan berturut-turut dalam kempen liga mereka. Sudah pasti tidak mahu terlepas kejuaraan Piala FA musim ini
 
 nani terlepas aksi menentang Arsenal kerana kecederaan
 
Manakala bagi Arsenal, kemenangan pastinya akan mengubat duka tersingkir dari saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas tunduk dengan aggregat 2-4 kepada pendahulu La Liga iaitu Barcelona minggu lalu.Arsenal pastinya tidak mahu terlepas kejuaraan Piala FA setelah kehilangan peluang untuk merangkul Liga Juara-juara.

Lihat kesebelasan yang mungkin akan diturunkan malam ini
 
Manchester United: Van der Sar; Rafael, Smalling, Vidic, Evra; Fletcher, Carrick, Gibson, Giggs; Berbatov, Rooney.

Arsenal: Almunia; Sagna, Djourou, Koscielny, Gibbs; Denilson, Wilshere, Nasri; Bendtner, Van Persie, Arshavin.

Tahukah Anda ??
  •   Manchester United telah memenangi kesemua 8 perlawanan terakhir mereka sebelum ini yang dilansungkan di Old Trafford
  •  Barisan Sir Alex Ferguson's tidak pernah kalah dalam 6 pertemuan terakhir mereka menentang Arsenal di Old Trafford dalam semua kempen liga,piala FA dan sebagainya.
  •  Manchester United menang 87 kali manakala Arsenal 77 kali dan seri sebanyak 46 kali
  •  Manchester United telah menjulang  FA Cup sebanyak 11 kali, manakala Arsenal   sebanyak 10 kali.
  • Ini merupakan kali pertama dalam kempen Piala FA bagi Arsenal untuk berdepan pasukan dari Liga Perdana Inggeris ( EPL ) kerana sebelum ini, dalam kempen mereka ke suku akhir ini, hanya berdepan pasukan devisyen bawahan.
Pertemuan Terakhir


December 13, 2010: Manchester United 1-0 Arsenal

Park Ji-Sung  adalah pemusnah ketika itu yang menjaringkan gol kemenangan Manchester United dengan Red Devil mengukuhkan kedudukan Liga mereka ketika itu. Perlawanan yang agak sengit dan menarik tetapi tandukan bijak dan cantik dari Park Ji-Sung menuju ke gawang gol Arsenal sudah cukup untuk memberi 3 mata berharga kepada tuan rumah.

RAMALAN ANDA ??

7 comments:

  1. man u menang punye..2-1 due2 gol fabregas sumbat gol sendiri wakaka

    ReplyDelete
  2. harap2 man u kalah.... arsenal mng x kisah la brp pun...

    ReplyDelete
  3. mcm aku knl je en anon yang no 2 ni haha..

    ReplyDelete
  4. eh.MANU menang seh.2-0:fabio.rooney.

    ReplyDelete
  5. haha..dah agak da..xtengok pun tau haha

    ReplyDelete

Popular Posts