Penjaga Gol Paling Malang Di Dunia


Penjaga gol merupakan benteng terakhir sesebuah pasukan dalam setiap perlawanan bola sepak. Pastinya setiap pasukan mengimpikan mempunyai penjaga gol yang berwibawa dan mampu menepis setiap asakan dan percubaan ke arah gawang gol.

Terutama jika perlawanan itu berlanjutan ke penentuan sepakan penalti pastinya semua mata akan terarah kepada penjaga gol. Jadi seorang penjaga gol yang hebat mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menepis semua sepakan dan percubaan pihak lawan.

Namun lain pula yang terjadi jika terlampau yakin, tetapi tidak fokus. Inilah yang terjadi pada video di bawah. Dengan yakinnya penjaga gol ini, meraikan kejayaan beliau menepis sepakan penalti lawan, yang syoknya siap mencium logo pasukan dibajunya. Tetapi apabila dia berpaling semula ke belakang...inilah yang terjadi....


sumber youtube

Yang pastinya hanya beliau sahaja yang tahu apa sebenarnya yang beliau fikirkan selepas menepis sepakan tersebut. Setiap orang melakukan kesilapan, harus belajar dari kesilapan. Moralnya, fokuslah dalam setiap apa yang anda lakukan.

Menjelang undian pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 London, pada 30 mac ini, biarpun Malaysia diundi menentang pasukan mana sekali pun, harap-harap penjaga gol Malaysia fokus pada aksi seterusnya. Yang pasti, anda yang terbaik dari ladang...

anda kenal beliau?. retro abis rambut..

kalau yang ini pasti anda cam beliau..beliau yang terbaik ketika ini..


1 comment:

Popular Posts