Dato Lee Chong Wei Bersara Selepas Sukan Olimpik 2012 - Siapakah Pengganti Beliau ?


Dato Lee Chong Wei Bersara Selepas Sukan Olimpik 2012 - Isu Siapa Pengganti Beliau?..

Selepas ratu badminton negara Wong Meng Choo, mengumumkan persaraannya berikutan kecederaan pangkal paha yang dialaminya, kini gelanggang badminton negara akan kembali hangat dengan pengumuman jaguh perseorangan negara Dato Lee Chong Wei mengenai persaraan beliau selepas Sukan Olimpik London 2012.

Pengumuman itu diumumkan beliau dalam satu sidang media semalam. Namun tarikh persaraan itu akan diumumkan sejurus tamat saingan Sukan Olimpik London 2012 nanti. Namun, beliau sempat melahirkan rasa gusar akan ketiadaan pelapis badminton negara ketika ini dan amat berharap dengan kembalinya Datuk Misbun Sidek, dapat meneruskan pencarian pelapis dalam sukan ini untuk negara kita. Beliau yang mengulas mengenai kehadiran semula jurulatih tersebut berkata, keputusan yang diambil Misbun itu adalah tepat dan sekali gus memberi kesan yang baik kepada dirinya dan B.A.M.

Sebenarnya, bukan Dato Lee Chong Wei sahaja bimbang mengenai keadaan pelapis badminton ketika ini, rata-rata peminat badminton tanahair juga, turut melahirkan kegusaran mengenai keadaan ini. Jika dilihat, kuasa badminton dunia ketika ini masing-masing sudah memperkenalkan jagoan muda mereka. China dengan kehadiran Chen Jin dan biarpun baru mahu mencipta nama, hadir pula Cheng Long untuk mengejutkan dunia badminton di Kejohanan All England baru-baru ini.


Chen Jin bakal pengganti Lin Dan

Negara jiran masih ada Simon Santoso biarpun kudrat Taufik Hidayat masih ditagih. Korea Selatan tidak kurang hebat juga. Manakala Jepun yang ketika ini nampak sedang meningkatkan mutu pemain mereka. Jadi Malaysia, nama siapa yang harus JR sebut sebagai pengganti Dato Lee Chong Wei??...Adakah anda berani untuk memberi satu dua nama sebagai pengganti beliau?..Jika anda lihat, tiada seorang pun pelapis badminton negara ketika ini yang berjaya melangkah ke kancah elit Super Siri. Apa sudah jadi dengan pembangunan badminton negara.


muncul pula Chen Long-pernah kalahkan Taufik Hidayat

Janganlah nanti, negara-negara yang dahulunya menjadi belasahan kita di Piala Thomas, membelasah kita pula di kemudian hari. Seperti apa yang terjadi dengan sukan hoki kita, walapun berada di ranking antara 20 terbaik dunia, Malaysia dahulu bukanlah tandingan negara seperti Korea Selatan dan Poland. Namu kini, negara tersebut sudah mampu berdiri sebaris dengan kita, malah Korea Selatan lebih dari kita ketika ini.
 
Apa yang JR dan peminat harapkan agar, akan ada seorang..seorang pun jadilah, pelapis badminton negara yang mampu menyambung legasi kecemerlangan badminton negara yang telah diserikan dengan kehadiran permata berharga iaitu Dato Lee Chong Wei. Kepada B.A.M atasilah masalah ini dengan segera, 2012 tidak lama lagi. Semoga dunia badminton negara terus cemerlang di arena antarabangsa....


Arif Latif - mampukah beliau menjadi pengganti Lee Chong Wei ?







3 comments:

  1. is hard to find replacement for LCW...but we hope someone could do that

    ReplyDelete
  2. kumfye - yeah..i hope so..too..

    ReplyDelete
  3. arif latiff pn leh tahan gak.. tapi tengoklah macam mana.. kalo tade gak.. aku pun leh ganti LCW gak.. haha XD

    ReplyDelete

Popular Posts