Hypp Tv - Televisyen Internet : Pesaing Baru Dunia Penyiaran


Jika sebelum ini talian Internet digunakan untuk mendapat sebarang maklumat yang diperlukan dengan melayari laman-laman web atau pun berkomunikasi dengan rakan-rakan lain melalui Yahoo Messenger atau Facebook, kini penggunaan Internet telah mencecah ke pada inovasi yang lebih canggih dan terkini.

Mungkin kita tidak pernah membayangkan sebelum ini bahawa penggunaan Internet sebenarnya lebih meluas dan pada hari ini dengan kemunculan HyppTV yang mula diperkenalkan pada awal tahun ini telah memberi fenomena dan dimensi baru kepada dunia penyiaran TV di Malaysia.

HyppTV merupakan satu perkhidmatan terbaru yang telah diperkenalkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang dikhususkan kepada para pelanggan talian Internet jalur lebar UniFi TM untuk menonton pelbagai saluran TV yang disediakan.

Kewujudan HyppTV adalah seiring dengan perkembangan teknologi hari ini yang mana orang ramai boleh menonton saluran TV menggunakan talian Internet jalur lebar yang disambungkan pada peti TV.

HyppTV ditawarkan kepada semua pelanggan kediaman perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) UniFi TM dan perkhidmatan berkenaan adalah sebahagian daripada tiga perkhidmatan yang ditawarkan termasuk talian telefon dan internet berkelajuan tinggi.

KELEBIHAN Hypp TV



Ketika ini, HyppTV menyediakan sebanyak 22 saluran dan ia dapat ditonton secara percuma kepada lebih 5,000 pelanggan UniFi TM pada masa ini meliputi saluran TV dalam dan luar negara.

HyppTV memang istimewa dan agak berbeza dengan perkhidmatan televisyen berbayar yang lain. Memandangkan saluran yang diterima menggunakan talian Internet, ini bermakna pengguna tidak akan mengalami sebarang masalah penerimaan saluran meskipun dalam keadaan cuaca yang buruk atau hujan.

Selain itu, perkhidmatan VoD yang disediakan melalui HyppTV juga adalah merupakan salah satu tarikan untuk menarik lebih ramai pengguna dan ia adalah satu pengalaman baru yang mana orang ramai berhak untuk memilih sendiri rancangan yang disukai tanpa mengira waktu atau masa terluang. 

Memang diakui masyarakat sekarang sibuk dengan jadual harian mereka hingga adakalanya terlepas peluang untuk menonton rancangan kegemaran disebabkan jadual rancangan yang telah ditetapkan. Namun menerusi HyppTV, mereka tidak perlu risau lagi kerana dengan adanya perkhidmatan VoD, mereka sendiri boleh menentukan jadual untuk menonton sesebuah program.

Anda boleh melanggan mana-mana filem atau siri drama terbaru kegemaran dengan sedikit jumlah bayaran akan dikenakan. Menariknya, ia boleh ditonton pada bila-bila masa sahaja termasuklah menonton bersama-sama ahli keluarga dalam tempoh 24 jam selepas waktu ia dilanggan.

 carian: hypp Tv terbaru, kelebihan hypp tv dari Astro, apa kelebihan hypp tv, tonton tv melalui internet, watch free tv internet live streaming, link free tv streaming, unifi Tm percuma, buffered earning nuffnang hypp Tv

1 comment:

Popular Posts