Tabik ' Spring ' Buat Penyokong Perak - Ini lah Revolusi Penyokong Bola Sepak Malaysia

 Tabik 'SPRING' buat penyokong Perak
WALAUPUN pasukan kesayangan mereka tewas di tangan Selangor, namun itu tidak menjadi masalah buat penyokong setia skuad Kejor Yob Kejor untuk terus memberi sokongan moral kepada anak buah Norizan Bakar atau lebih dikenali Cikgu Jan.

Koordinasi mantap Ultras Perak dan kira-kira 5,000 penyokong skuad Seladang yang hadir di Stadium Shah Alam harus diberi pujian kerana memberi rangsangan kepada pemain setiap kali mendapat bola.

Paling mencuri tumpuan, penyokong tidak berganjak sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan malah terus berdiri, bertepuk tangan dan menyanyikan lagu keramat Perak ‘Ipoh Mali Talak Sombong’.

Situasi ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan beberapa penyokong fanatik di Liga Super. Jika pasukan kesayangan mereka gagal mengutip tiga mata, mereka mula mencemuh atau keluar awal sebelum masa sebenar perlawanan ditamatkan.

Kelmarin, skuad Seladang tumpas 0-1 ketika berkunjung ke Shah Alam, bagaimanapun persembahan anak buah Cikgu Jan tidak mengecewakan kerana berjaya memberi tentangan hebat sepanjang perlawanan berlangsung.

Gol kemenangan Selangor dijaringkan kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim pada minit ke-68 separuh masa kedua. Dengan kemenangan itu Selangor di puncak liga, Perak di tangga ketiga. 
Sumber dipetik : sinar harian 
Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap penyokong pasukan bola sepak Malaysia agar semangat kesukanan itu tidak lebur dek kekalahan pasukan kesayangan mereka. Jika kita lihat penyokong pasukan kelab luar negara begitu setia menyokong pasukan mereka tidak kira kalah ataupun menang,

Inilah revolusi penyokong bola sepak kita yang sepatutnya sudah lama terjadi. Janganlah pasukan itu disanjung hanya apabila ianya berada dipuncak, dan dicemuh ketika di bawah. Perak FA pernah mengalami musim suramnya musim lepas. Diharap semua pemyokong bukan sahaja pasukan negeri tetapi pasukan negara akan terus mempamerkan profesionalisme dalam memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.
Inilah dikatakan Fanatik Bola Sepak!! ..diharapkan sokongan seperti ini, tidaklah bersifat sementara.

5 comments:

  1. wah.. ni yang semangat nak jejak stadium lepas ni.. hehe^_^

    ReplyDelete
  2. kejor yob kejor...perak tetap semangat walaupun kalah....

    ReplyDelete
  3. @shezwan aik bukan penyokong s'ngor ke?..haha

    ReplyDelete
  4. blog fan yob ni....erm

    ReplyDelete

Popular Posts