Wan Kuzain Wan Kamal - Bakat Istimewa Bola Sepak Malaysia atau Amerika ?


Siapa kata Malaysia tiada bakat besar dalam dunia bolasepak?...Tentu ada yang pernah mendengar nama Wan Kuzain Wan Kamal - Fooball Wonderkid. Yang mendapat perhatian meluas peminat bolasepak Malaysia sewaktu AFF Suzuki Cup 2010 yang lalu. Berikutan tindakan Indonesia yang memanggil pemain luar kelahiran Indonesia seperti Irfan Badchim, jadi ketika itu peminat bolasepak Malaysia juga menjumpai beberapa bakat luar kelahiran Malaysia seperti Wan Kuzain. Ketika itu JR pun sibuk membelek google search engine mencari bakat bola sepak bermain diluar negara yang kelahiran Malaysia. Banyak yang JR jumpa. Nanti JR entrykan. Kita lihat dulu Wonderkid ini,

Sedikit latar belakang Wan Kuzain

Wan Kuzain Wan Kamal adalah Pemain bolasepak kelahiran Malaysia yang dibesarkan di Amerika - United States. Lahir pada September 1998, di United States, Ayahnya adalah warganegara Malaysia manakala ibunya adalah warga Amerika. Berita mengenai Wan Kuzain tersebar sewaktu abangnya Wan Kuzack memuatnaik video di aksi dan skill beliau bermain bolasepak di youtube.

Selepas itu ramai peminat bolasepak Malaysia mula menyedari kehadiran bakat besar bolasepak ini termasuk F.A.M -Football Association of Malaysia ( Persatuan Bola Sepak Malaysia ) serta media seperti Tv3 yang pernah menyiarkan berita mengenai Wan Kuzain di segmen sukan.. F.A.M mempunyai rancangan jangkamasa pancang untuk memberi tawaran untuk Wan Kuzain beraksi untuk Malaysia. Beliau mewakili sebuah kelab di Amerika iaitu SISC/Force di posisi striker/attacking midfielder.




Wan Kuzain sebenarnya layak untuk beraksi untuk pasukan Malaysia kerana ayahnya adalah warganegara Malaysia, tetapi beliau juga boleh beraksi untuk pasukan kebangsaan Amerika kerana beliau dibesarkan disana. Jadi agak-agak anda, pasukan mana yang bakal disertai oleh Wan Kuzain ?. Amerika mungkin mempunyai lebih saingan untuk beliau,tetapi tidak mustahil jika bakatnya dikesan oleh pencari bakat disana. Atau mungkin Wan Kuzain akan memilih untuk beraksi untuk Malaysia, memandangkan peminatnya lebih ramai di Malaysia.


Diharap F.A.M dan badan yang berkaitan mengambil langkah yang sepatutnya untuk memikat beliau beraksi untuk Malaysia suatu hari nanti. Harapan JR pun begitu jua.



2 comments:

  1. FAM kene laju.. kalau lembab, hapa pun tak jadi..

    ReplyDelete
  2. Ni 10 ko.. adik masuk liga kat sana dik.. pastu tolong abang2 kat Malaysia msk WC

    ReplyDelete

Popular Posts