Atur Keputusan Perlawanan - F.A.M Disiasat Oleh Fifa


Susulan dari berita mengenai kes rakyat Malaysia yang ditahan kerana disyaki mengatur perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Zimbabwe pada 31 Disember tahun lalu. Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) akan disiasat oleh pegawai antirasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijadual datang ke negara ini minggu depan.

KERATAN AKHBAR

" HARARE – Satu jawatankuasa siasatan Persatuan Bola Sepak Zimbabwe (ZIFA) mendapati seorang rakyat Malaysia yang dikenali dengan nama Raja Raj terlibat dalam skandal rasuah bagi mengatur perlawanan skuad kebangsaan Zimbabwe di Asia Tenggara, lapor akhbar New Zimbabwe semalam.

Menurut laporan siasatan itu, mengatur perlawanan telah berlaku sejak tiga tahun lalu bermula dalam pertandingan Pestabola Merdeka di Malaysia pada 2007. Warga Malaysia itu didakwa memberi rasuah sebanyak AS$1,500 (RM4,646) kepada setiap pemain skuad Zimbabwe setelah mereka diminta kalah dalam perlawanan persahabatan dengan Syria di Malaysia pada tahun lalu.

Pada mulanya, pemain-pemain Zimbabwe diminta kalah kepada pasukan kebangsaan Thailand dan Syria oleh sindiket yang mengatur perlawanan itu. Menurut laporan siasatan, pemain-pemain skuad tersebut bimbang mengenai nyawa mereka apabila seorang wakil pengatur perlawanan itu mendakwa sindiketnya kerugian AS$1 juta (RM3.09 juta) selepas skuad Zimbabwe tewas kepada Thailand 3-0. "


Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, buat masa ini pihaknya masih tidak mengetahui bentuk kes yang sedang disiasat FIFA. Katanya, FAM telah menghubungi ketua keselamatan FIFA, Chris Eaton kelmarin selepas difahamkan badan induk bola sepak dunia itu mengaitkan siasatan mereka dengan dua perlawanan persahabatan antara Malaysia

Zimbabwe dikatakan hanya menurunkan skuad berstatus kelab pada perlawanan persahabatan itu walaupun FIFA diberitahu, ia satu perlawanan antarabangsa kelas ‘A’. Jika dakwaan itu benar sekalipun, Azzuddin berkata, pihaknya menafikan ada membayar wang bagi menanggung perbelanjaan pasukan Zimbabwe ke negara ini. 

“Apa yang saya tahu, kami menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Zimbabwe untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.“Jadi jika sudah ada surat sebagai komitmen, tentulah ia tidak boleh dipertikaikan. Takkan kami nak persoalkan pasukan itu skuad kebangsaan atau kelab,” tegasnya. Terdahulu di Zurich, Setiausaha Agung Interpol, Ron Noble memberitahu FIFA bahawa Asia adalah kawasan ‘panas’ berkaitan rasuah dan sindiket menentukan keputusan perlawanan bola sepak.

sumber / diedit : kosmo





.

1 comment:

  1. yang salah tetap salah.. Hukum semua yang terlibat..

    ReplyDelete

Popular Posts