Berita Terkini Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat | 25 Mangsa disahkan Tertimbus | Gambar & Video Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat



Hari ini kita dikejutkan dengan satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat Selangor. Dalam kejadian petang Sabtu 21 mei 2011 itu, seramai 25 orang mangsa disahkan tertimbus dan bukan 24 orang seperti yang dilaporkan pada awal kejadian oleh akhbar dan berita. Daripada 25 orang mangsa, 9 orang berjaya dikeluarkan dan masih hidup, 10 orang lagi meninggal dunia dan baki 6 orang lagi masih belum dijumpai sehingga ke saat entry ini ditulis.


Mari kita ikuti ulasan akhbar mengenai berita kejadian tanah runtuh di hulu langat melibatkan penghuni rumah anak yatim 21 Mei 2011


" KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini Sabtu.

Setakat pukul 7 malam, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis. Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang. Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. 

“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

– BERNAMA                                                                                                                               "


video rakaman operasi mencari dan menyelamat kejadian tanah runtuh hulu langat 21 Mei 2011



carian : berita terkini kejadian tanah runtuh hulu langat 21 mei 2011, gambar kejadian tanah runtuh hulu langat, video tanah runtuh hulu langat, bilangan angka korban kejadian tanah runtuh hulu langat, bilangan mangsa tanah runtuh hulu langat, isu tanah runtuh hulu langat artikel akhbar tanah runtuh hulu langat, tanah runtuh hulu langat

4 comments:

  1. inallilah wainnalilah hirojiuun...sedih sgt2.T_T

    ReplyDelete
  2. semoga mereka semua ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan dirahmati Allah

    ReplyDelete
  3. ujian & dugaan daripada Illahi..

    ReplyDelete
  4. kita yg hidup patut ambil ikhtibar, sekelip mata je anything can happens...subhanallah..!

    ReplyDelete

Popular Posts