Blogger Diminta Promosi Pelancongan Negara



Blog diminta promosikan pelancongan negara

Blog sememang antara medium maklumat terpantas selain dari media massa dan media cetak untuk orang ramai mendapatkan info dan maklumat. Namun keberkesanan penyampaian maklumat dalam sesebuah bloh itu bergantung kepada olahan dan ciri-ciri blog itu sendiri. Sebenarnya tidak kisah, samada blog itu adalah peribadi, enrty seo ( search engine optimization ), pencarian keyword tool dan sebagainya. Informasi dan maklumat masih boleh disampaikan dengan bermacam-macam cara.


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail (gambar) mencadangkan agar penulis blog membantu mempromosikan industri pelancongan negara dengan memperkenalkan keistimewaan yang terdapat di Malaysia ke mata dunia daripada hanya hanya menghasilkan bahan sensasi semata-mata. "Saya puji beberapa rakyat Malaysia di luar negara yang aktif mempromosikan negara, walaupun ada antaranya sudah lebih 30 atau 40 tahun berada di sana,” titah baginda di Istana Arau selepas menyaksikan artikel mengenai keunikan Orang Utan dan kelapa sawit Malaysia yang dipaparkan oleh majalah antarabangsa.

Jadi kepada para blogger diluar sana, marilah kita menyambut saranan ini. Jadikan blog anda medium penyampaian informasi, bukan menyampaikan fitnah mahupun berita yang tidak benar. Biarpun blog peribadi sekalipun, informasi dan maklumat masih boleh lagi diselitkan.

sumber / diedit : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Posts