Dato M.Karathu Mahu Jumpa Terengganu | Prebiu Separuh Akhir Kedua Piala FA 16 May 2011



Menjelang aksi separuh akhir kedua piala FA 2011 malam ini, Jurulatih Kelantan Dato M.Karathu sudah pun membayangkan aksi final piala FA untuk bertemu dengan skuad Terengganu. Beliau berkata, sudah pasti satu perlawanan yang menarik jika di perlawanan akhir piala FA 2011 itu jika dua pasukan dari pantai tinur itu berentap.

Karathu menjelaskan bahawa Terengganu juga merupakan sebuah pasukan yang hebat selepas melihat aksi kebangkitan pasukan itu di separuh akhir pertama Pahang vs Terengganu 13 mei yang lalu, selepas ketinggalan 2-0 dibabak pertama, mereka mampu untuk bangkit dan menewaskan Pahang 3-2. Dan perlawanan pasti menarik jika Kelantan dapat bertemu dengan Terengganu. 


Kelantan boleh dikatakan sudah sebelah kaki dipentas final selepas membelasah Selangor 5-1 di tempat lawan pada 13 mei yang lalu. Dengan bekalan selesa untuk dibawa ke Kota Bahru malam ini, Stadium Sultan Muhammad IV jelas merupakan gelanggang keramat pasukan kijang itu dengan dibantu sorakan padu penyokong Gomo Kelate Gomo ini, sudah pasti sukar untuk pasukan Selangor mencari 4 gol untuk menyamakan agregat. Namun, dalam bolasepak apa pun boleh terjadi, Kelatan tetap waspada dengan asakan Selangor.

Bagi skuad penyu pula, bekalan 1 gol masih belum menyenangkan hati jurulatih skuad itu. Namun dengan kelebihan bermain ditempat sendiri dalam aksi separuh akhir kedua Terengganu vs Pahang 16 Mei malam ini, kelebihan jelas milik Terengganu. Pahang pula akan cuba mengatur strategi untuk menggempur Terengganu.

Apakah final piala FA 2011 ini bakal menemukan dua pasukan dari pantai timur ? Apakah perlawanan akhir piala FA 2011 ini akan menemukan Kelantan vs Terengganu ?..Sama-sama kita saksikan malam ini..
Jangan lupa untuk menyaksikan aksi separuh akhir kedua Kelantan vs Selangor 16 May 2011, yang akan disiarkan siaran langsung di Astro Arena malam ini. Tiada siaran langsung di RTM!..

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 16 Mei 2011

Kelantan [5] vs Selangor [1]
Stadium Sultan Muhammad IV
Siaran Langsung Astro Arena - live 

Terengganu [3] vs Pahang [2]
Stadium Sultan Nashirudin Shah

[ dalam kurungan - keputusan separuh akhir pertama 13 mei 2011 ]
keputusan semasa / terkini dan penuh perlawanan separuh akhir kedua Kelantan vs Selangor 16 may 2011 dan keputusan terkini separuh akhir kedua piala FA Terengganu vs Pahang 16 mei 2011 akan dibawakan kepada anda malam ini. -bagi yang tiada Astro dirumah.........







No comments:

Post a Comment

Popular Posts