Harga Petrol RON 95 Dinaikkan Bulan Depan | Kerajaan Beri Jaminan Tiada Kenaikan Harga Buat Masa Ini



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Beliau berkata kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

"Belum lagi ( kenaikan harga petrol RON 95 ), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi lain, bahan petroleum misalnya. "Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion...apabila pertambahan subsidi sebanyak RM17 bilion, defisit kita menjadi semakin besar," katanya ketika mengulas mengenai kemungkinan harga minyak petrol RON95 bakal dinaikkan dalam masa terdekat.



Ismail Sabri berkata kenaikan harga petrol RON95 telah dibincangkan semasa mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu. Beliau berkata Kabinet telah diberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan harga petrol ron 95 terkini itu dan kesan jangka panjang sekiranya kerajaan menaikkan harga pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

Pada 4 Mei lepas, harga petrol RON97 naik 20sen kepada RM2.90 seliter disebabkan kenaikan harga minyak mentah dunia. Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis di Timur Tengah. Bagaimanapun kenaikan itu tidak melibatkan RON95 dan bahan api lain di negara ini. Harga terkini petrol RON95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

p/s : tunggula 2-3 bulan lagi...mungkin kerajaan akan naikkan juga...kalau tak pun, selepas pilihan raya umum, kalau naikkan awal, sure rakyat melenting tapi apa nak hairankan...memetik kata blog kedahlanie

 " Saya teringin nak tanya balik. Apa salahnya RON95 naik harga? Adakah majoriti orang Melayu akan marah? Tak. Majoriti orang Melayu akan tetap undi Umno Barisan Nasional (BN). Adakah majoriti orang-orang India akan marah? Tak. Majoriti orang India akan tetap undi Umno BN. Tak kisahlah walaupun seorang budak India (kesian aku tengok muka dia) dipaksa kata "Keling babi" baru-baru ini. Adakah majoriti orang-orang Sabah akan marah? Tak. Majoriti orang Sabah akan tetap undi Umno BN. Adakah majoriti orang-orang Sarawak akan marah? Tak. Majoriti orang Sarawak akan tetap undi Umno BN ". - sumber kedahlanie.info




carian : harga petrol ron 95 / 97, subsidi minyak kerajaan, bajet 2012, kenaikan harga minyak, harga ron 95 naik jun, berapa harga minyak ron 95 dan 97 terkini, isu kenaikan harga minyak, berita terkini ron 95,

1 comment:

Popular Posts