Lanun Filipina Minta Wang Tebusan RM 5.6 Juta

RM 5.6 juta atau 80 juta Peso, itulah jumlah wang tebusan yang dituntut oleh sepuluh lelaki bersenjata yang menculik Nazarrudin ketika berada di Pulau Sulu, selatan Filipina pada Ahad lalu.Bagi isteri mangsa, Mazlina Mohamad, beliau tidak menolak kemungkinan penculik terbabit mendapat maklumat salah mengenai suaminya semasa berada di Pulau Sulu baru-baru ini kononnya sebagai usahawan cicak tokek yang kaya raya.

Sukar dibayangkan bagaimana hendak mendapatkan wang sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) dalam masa yang singkat. Bagi Mazlina Mohamad yang menyara hidup menjual kuih dan suaminya, Nazarrudin Saidin, bekas pemandu lori, adalah amat mustahil untuk mendapatkan wang tersebut sampai mati. 

Penculik terbabit melalui seorang ejen telah meminta supaya keluarganya supaya membayar pendahuluan wang tebusan itu selewat-lewatnya Isnin ini. Bagaimanapun, dia yang kini tertekan kerana terpaksa menjaga enam anak yang masih kecil berasa hairan apabila tidak menerima sebarang ugutan menakutkan daripada ejen terbabit jika tidak membayar wang tebusan itu.

Sumber / diedit : kosmo

4 comments:

Popular Posts