Pemain Perak Razali Umar Kandasamy Ditamatkan Kontrak



Penyerang Perak Razali Umar Kandasamy bakal ditamatkan kontrak bersama skuad Seladang bermula Rabu ini selepas kembali semula ke tabiat lama apabila ponteng latihan lagi bersama skuad Perak. Jika sebelum ini, Razali Umar yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri selama berminggu berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, namun beliau tetap juga mengulangi perkara tersebut. 

Jika dilihat dari segi prestasi permainan, Razali Umar ini mempunyai skil dan ketajaman penyudahnya sudah terbukti dalam beberapa perlawanan liga super musim 2011 ini termasuk ketika membantu Perak melakar kejayaan ke atas Kelantan 4-0 bulan lalu di Ipoh. Namun, masalah displin pula yang kini lebih mempopularkan beliau. 

PAFA ( Persatuan Bola Sepak Perak ) bimbang perkara seperti ini akan berulang dan terjadi pula kepada pemain lain, tindakan segera dengan menamatkan kontrak Razali Umar terpaksa dilakukan. Ini merupakan kali ketiga beliau ponteng latihan. Perak masih mempunyai beberapa penyerang yang berbisa seperti Akmal Rizal serta kehadiran permata baru yang mula menyinar di skuad Perak iaitu Shazuan Ashraff Matthews yang baru berusia 19 tahun yang mempamerkan aksi menarik dan jaringan 2 gol nya membantu Perak menewaskan T-Team minggu lalu.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts