Pemain Terengganu Bakal Terima Imbuhan Lumayan


Pemain bola sepak Terengganu dijanjikan hadiah lawatan ke Eropah jika berjaya menjadi juara berganda dalam perlawanan akhir Piala FA 2011 dan Liga Super nanti.Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebagai dorongan kepada Skuad Penyu beraksi dengan baik dalam perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini selain berusaha menempah tiket untuk melangkah ke peringkat akhir Liga Super.

Katanya sebagai tanda sokongan, kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu akan menghantar seberapa ramai rombongan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.

sumber : bernama

1 comment:

  1. ganu nelang!!..piala FA ..milik ganu!

    ReplyDelete

Popular Posts