Pemandu Syak Kenderaan Anwar Disabotaj - Benarkah Ada Cubaan Bunuh Anwar Ibrahim ?



 malaysiakini

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu. Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman. Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

 
Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu. Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya. Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan. Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang. Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar. 


Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar. Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.

sumber : malaysiakini

-sejauh mana kebenaran dan kesahihannya, biarlah undang-undang yang tentukan, kalau dah kuasa Allah nat dan pin tu nak terkeluar, tetap dia akan terkeluar sendirinya. Kadang-kadang, manusia cuma nak menyedapkan cerita jer..politik hari ini...susah nak dijangka...siapa betul, siapa salah, siapa yang benar, siapa yang menipu...korang benar-benar tahu??...




.

2 comments:

  1. dunia politik skang penuh dgn penipuan!

    ReplyDelete

Popular Posts