Penyimbah Asid Bersiri Mengganas Lagi - Lakaran Wajah Suspek Simbah Asid Dikenalpasti

Melalui maklumat diterima daripada sumber boleh dipercayai, kenderaan menggunakan nombor penaftaran terbabit WPV 4963 BUKAN motosikal Honda EX-5 tetapi kereta Proton Iswara 1.3 berwarna perak. Pemilik kenderaan terbabit beralamat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan berbangsa Melayu. Berikutan itu saya percaya suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengaburi mata pihak berkuasa. – MazidulAkmal

Pasukan khas buru lelaki simbah asid 

Pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memburu lelaki penyimbah asid bersiri yang kerap melakukan kegiatan menyimbah asid di sekitar Kuala Lumpur kebelakangan ini. Terbaru, seorang anak seorang anggota polis dilaporkan menjadi mangsa ke-23 kes simbah asid ini. Tidak pasti adakah kes dilakukan oleh suspek yang sama dalam kejadian sebelum ini, lakaran wajah suspek kes simbah asid akhirnya dapat dicam dan polis masih lagi meneliti rakaman dari kamera litar tertutup CCTV di sekitar temapt kejadian.
Terdahulu, pihak polis menerima 10 laporan berkaitan simbahan cecair berbahaya dan dua kejadian di Brickfields membabitkan tiga wanita termasuk seorang parah di muka dan badan.Sebelum ini, lapan murid tahun enam termasuk empat murid perempuan pernah menjadi sasaran penyerang misteri itu ketika mereka menunggu van sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Bangsar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung lelaki misteri atau kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan. Bagaimanapun, pihak polis kini sedang menimbang untuk mengesyorkan kepada mahkamah agar tindakan yang paling berat yang boleh diambil ke atas pelaku ini diatas kejadian yang mungkin dilakukan oleh penjenayah yang sama. 

Jadi pada pendapat anda apakah hukuman yang paling sesuai untuk dijatuhkan??..Penjenayah tersebut disimbah asid kembali kepada mukanya agar beliau merasai kesakitan yang dirasai mangsa ? ..atau hukuman penjara seumur hidup ?...






carian : plat wpv 4963 , berita simbah asid ,MOTORSIKAL HONDA EX5 WPV 4963, kes simbah asid wangsa maju, kes simbah asid di wangsa maju, ipd tun razak, wajah suspek simbah asid, kes terbaru simbah asid , mangsa simbah acid , lakaran muka suspek simbah acid, kes simbah asid perlis, gambar lelaki simbah asid, gambar lakaran wajah muka lelaki penyimbah asid, lelaki simbah asid ditangkap ?, penyimbah asid ditahan, penyimbah asid sekitar kuala lumpur, berita terkini kes simbah asid, info terbaru penyimbah acid, modus operandi penyimbah asid, siapa lelaki penyimbah asid,

4 comments:

  1. Hukuman yang paling sesuai adalah digantung sampai mati.

    ReplyDelete
  2. @Miss AnisSensuous betul tu..simbah asid tu balik kat dia pun ok jugak..mandikan dgn acid tu..

    ReplyDelete
  3. Sesiapa yang kebetulan terserempak penyembah asid sedang melakukan orang awam kena berani berkongsi tenaga untuk menangkap serta merta agar sekurang2nya dapat di ketahui siapa sebenar pelakunya. saya terus terang langgar ia dengan kereta ja. saya rasa pelaku tersebut adalah manusia yang tidak lagi mempunyai harga diri misalnya makan dadah yang ingin meniru filem2 asing bersahaja sehingga ditangkap. namun juka dia di tanggkap pun dah terlalu terlambat dan rugi jika hanya masuk penjara . so pandai2 lah kerajaan menjatuh kan hukuman yang [aling berat, polis harus banyak berfikir untuk strategi bagi menangkap penjenayah tersebut kalau sekadar meronda lagi tak dapat kerana saya rasa penjenayah tersebut memilih tempat sunyi atau paling sesak atau tempat yang jadi tumpuan seperti, sekolah, gerai makan , bank, pasar malam , tempat letak kereta bawah bangunan,tempat menunggu kereta, air port, jadi segala tempat yang dia suka , saya risau jika orang ini dah bercadang akan menyimbah seribu orang sebagai rekod nya.

    ReplyDelete
  4. @Anonymous betul tu, saya pun agak ni org yang sama..kes bersiri..tpi sejak berita dia dikeluarkan bnyk ni..da xde lak kes terbaru,,harap2 dia takut nk buat lagi n klu wat lagi..harap2 ade org g kejar dia!

    ReplyDelete

Popular Posts