PKNS Selangor Bakal Juara Liga Perdana 2011



PKNS SELANGOR HAMPIRI GELARAN JUARA LIGA PERDANA 2011

Selepas lapan musim beraksi dalam kancah Liga Premier, skuad PKNS FC kini hanya memerlukan satu mata lagi dari baki empat perlawanan untuk sah bergelar juara liga perdana Malaysia buat kali pertama. Pasukan berstatus kelab dari Selangor itu kini mengumpul 48 mata selepas 18 perlawanan hasil 15 kali menang, tiga seri dan belum tewas untuk meninggalkan jauh Sarawak di tangga kedua dengan 36 mata. 

Kapten PKNS Selangor  FC, Fadhil Hashim berkata, mereka begitu teruja untuk mengesahkan kejuaraan tersebut lebih awal iaitu ketika menanti kunjungan Johor di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Jumaat ini. Walaupun hanya perlu satu mata lagi, PKNS berhasrat untuk mencatat kemenangan ke atas Johor kerana mahu meraihkan kejayaan ini di tempat sendiri.

Musim lalu, PKNS FC hampir mengiringi Felda United untuk beraksi dalam kempen Liga Super 2011 tetapi kemenangan yang diharap pada aksi terakhir musnah apabila mereka tewas kepada Harimau Muda sambil Sabah berjaya menyambar slot selaku naib juara.

Namun bagi Fadhil, 28, kenangan pahit itu tidak akan berulang lagi musim ini kerana dia yakin PKNS FC kini berada pada prestasi terbaik selepas keputusan terkini liga perdana 2011 pkns selangor membelasah PDRM 5-1 di Paroi malam kelmarin. Jika bergelar juara, PKNS Selangor berpeluang untuk beraksi dan layak ke liga super 2012 nanti.

sumber / diedit : kosmo


1 comment:

  1. aku tak expect sarawak leh dpt tmpt ke-2. musim2 lepas men cam hampeh kot.

    ReplyDelete

Popular Posts