Salma Juara Mentor Musim Kelima | Video Lagu Baru Finalist Mentor 5

Salma Mentor 5 | Protege Erra Fazira Juara Mentor Musim Kelima



Protege Erra Fazira, Salmah A Asis, 21 atau Salma muncul sebagai juara musim kelima rancangan realiti Mentor sekali gus mengetepikan dua finalis lain pada konsert akhir yang dipancarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Malawati, di sini, malam semalam.  Anak jati Sabah itu membawa pulang ganjaran utama, wang tunai RM100,000 serta kereta Chevrolet Cruze selepas menewaskan protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Binti Mohd Zikir, 24 (Shiha) dan anak didik Edry Abdul Halim, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, 25 (Iqa).

Salma yang memberikan persembahan konsisten sejak tirai Mentor dibuka pada 6 Mac lalu mampu mendahului saingan apabila mengumpul kutipan markah sebanyak 85 mata berbanding Shiha, (67) dan Iqa, (56). Shiha yang dilihat memberikan saingan sengit terpaksa berpuashati dengan RM30,000 dan Vespa LX150 selaku naib juara manakala Iqa menerima RM10,000. Setiap mentor juga menerima jumlah wang sama seperti anak didik masing-masing.

Pada pertandingan akhir itu, Salma mendendangkan lagu baru daripada Taja MUH, Aku Permata serta Listen dendangan asal Beyonce Knowles. Bersama gurunya, mereka menyampaikan Jendela Hati dan Jaclyn Victor sebagai pasangan duet bagi lagu Cinta & Rindu.  Shiha pula menguji vokal dengan mendendangkan lagu baru ciptaan Ajai, Bila Bertemu Mu selain Kisah Hati manakala bagi segmen duet bersama mentornya, mereka memilih Rindu disusuli paduan suara dengan Black, Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis.

Iqa protege edry pula menyampaikan lagu ciptaan mentornya sendiri berjudul Di Penghujungnya selain Ku Mohon selepas bergabung suara dengan Edry menerusi lagu Ganas manakala pilihan duet ialah bersama Faizal Tahir dengan lagu Karma. 

video salma mentor 5 | lagu baru salma mentor 5 - aku permata
 

lagu baru shiha mentor 5 | bila bertemu mu


lagu baru iqa mentor 5 | di penghujungnya



sumber : bhonline 




carian : keputusan mentor akhir musim kelima, video salma juara mentor 5 final, lagu baru salma mentor 5, lagu bari iqa mentor 5, lagu baru shiha mentor 5,keputusan konsert akhir mentor lima 29 Mei 2011, 

2 comments:

  1. memang patut dia menang semalam sebab mantap...

    ReplyDelete
  2. @Khairil SALMA MEMANG MANTAP..LAYAK JADI JUARA..TAPI SHIHA PUN BEST..CUN PLAK TU HUHU

    ReplyDelete

Popular Posts