Siapa Pengurus Baru Chelsea ? | Andre Villas Boas Bakal Ganti Carlos Ancelotti Yang Dipecat



Siapa Pengurus Baru Chelsea 
Secara rasminya, Chelsea telah memecat pengurus pasukan itu, Carlo Ancelotti awal pagi semalam. Chelsea mengambil keputusan untuk memecat Ancelotti selepas penggendali dari Itali itu gagal membantu skuad The Blues memenangi sebarang gelaran musim ini.

Andre Villas-Boas ( gambar ) yang membawa Porto menjuarai Liga Europa dan Liga Portugal dianggap calon pilihan untuk menggantikan tempat Ancelotti itu. Beliau juga merupakan calon yang dilihat paling layak memandangkan pencapaiannya bersama Porto FC baru-baru ini dan  merupakan bekas anak didik Jose Mourinho. 

Turut dikaitkan ialah bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini merupakan jurulatih Real Madrid dan pengurus Turki, Guus Hiddink. Jose Mourinho mungkin tidak akan dilepaskan oleh pengurusan Real Madrid memandang kontrak dan persembahan yang ditunjukkannya boleh dibanggakan. Manakala Guus Hiddink baru sahaja melatih skuad kebangsaan Turki. Namun segalanya boleh berubah.




Pada aksi terakhir Liga Perdana England awal pagi semalam, Chelsea tewas 0-1 kepada Everton untuk menamatkan saingan musim ini di tempat kedua selepas ketinggalan sembilan mata di belakang Manchester United. Dengan pemecatan Ancelotti itu, Chelsea sudah pun mempunyai seramai tujuh orang pengurus sejak hartawan Rusia, Roman Abramovich mengambil alih kelab London itu pada 2003. Dengan Chelsea Ancelotti telah berjaya merangkul beberapa kejayaan, antaranya termasuk kejuaraan berganda musim lalu yang merupakan kali pertama berjaya dilakukan dalam sejarah kelab itu. 

sumber / diedit : kosmo



p/s : Bagaikan sudah menjadi satu trend, apabila pasukan itu gagal memenangi sebarang trofi pada satu musim, maka pengurus / jurulatih pasti akan dipecat walaupun sebelumnya telah membawa berbagai kejuaraan untuk pasukan itu.Di Malaysia pun...hampir terikut..kadang kala, bukan pengurus atau jurulatih, tetapi keseluruhan pasukan harus dipersalahkan..




carian : jurulatih chelsea 2012, pengurus baru chelsea, pemain baru chelsea, pemebelian pemain baru 2012, jurulatih bola sepak dipecat,

No comments:

Post a Comment

Popular Posts