Tarif Elektrik Naik 7% Dan Gas Asli Akan Diapungkan Bermula 1 Jun 2011




Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus berkuatkuasa 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011. Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

sumber : malaysiakini








carian : tarif elektrik naik, isu tarif elektrik, tarif elektrik naik 1 jun 2011, bil elektrik naik jun 2011, harga gas asli naik jun 2011, gas asli diapungkan, berapa tarif elektrik terkini, harga barang naik, kesan kenaikan tarif elektrik malaysia,

5 comments:

  1. lepas ni sah-sah barang dekat malaysia ni lebih mahal dari biasa..

    ReplyDelete
  2. naik lagi ke?
    berita sahih ke ni?
    adeh..sakit..
    ye la..bak kata iklan tu la..arang batu kian habis, kian pupus..isk..isk..


    (bro..aku takleh terjah shoutbox ko, Ultrasurf tak bleh retrieved so aku jawab kat sini je la eh..pasal copy paste tu, aku malas nak fikir dah..budak2 baru nak naik tu..biasa la..)

    ReplyDelete
  3. jap lg rakyat naik minyak baru tahu kan..
    hahahaa

    ReplyDelete
  4. aedh2..tambah botak la pale aku nih..huhu

    ReplyDelete

Popular Posts