Terengganu Berkeyakinan Tinggi Rangkul Dua Kejuaraan Musim Ini



Bukan bercakap besar tetapi secara realitinya Irfan Bakti mengakui pasukan Terengganu kini berada pada landasan yang betul untuk memenangi trofi Liga Super 2011 dan Piala FA 2011. Malah, Irfan yang pernah mengendali kelab Indonesia, Persipura turut menjelaskan pertembungan liga super menentang Kelantan pada 6 Jun ini bakal menjadi penentu kepada peluang pasukannya untuk meraih kejuaraan berganda.

Keyakinan itu disuarakan selepas anak-anak buahnya membelasah Negeri Sembilan 3-0 untuk melonjak ke tangga kedua dalam carta terkini Liga Super kelmarin. Tiga mata yang diraih di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu meletakkan Terengganu berkongsi 44 mata bersama pendahulu, Kelantan dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan. Selangor pula mengekori rapat di tempat ketiga dengan 42 mata.

"Atas kertas, memang tidak mustahil untuk kami menjuarai Liga Super dan Piala FA, namun masih terlalu awal untuk menentukan keputusan ini. "Kami masih berbaki lima perlawanan liga untuk dilalui dengan empat daripada perlawanan itu menyaksikan kami akan turun sebagai tuan rumah termasuk pertemuan menentang Kelantan pada 6 Jun ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Irfan menjelaskan dia enggan terlalu memikirkan soal cabaran yang bakal diberikan Kelantan terutamanya pada aksi final Piala FA 2011 11 Jun ini. Katanya, setiap perlawanan yang dilalui bermula dari pertemuan menentang Pahang esok adalah penting bagi memastikan skuad kendaliannya tidak keciciran mata. "Saya mahu pastikan semua pemain tidak terlalu memikirkan perlawanan akhir Piala FA 2011 Terengganu vs Kelantan kerana masih banyak cabaran yang perlu kami lalui sebelum 11 Jun ini.

"Kami akan menentang pasukan-pasukan hebat seperti Pahang, Kedah, T-Team dan Kelantan sebelum aksi final piala FA 2011 di Bukit Jalil itu. "Jadi, saya tidak mahu pemain hilang tumpuan walaupun saya sedar tekanan kini semakin kuat dirasai oleh mereka," ujarnya lagi.

Mengulas mengenai prestasi positif yang dipamerkan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin dalam beberapa perlawanan terakhir ini, Irfan menganggapnya sebagai bonus tambahan kepada pasukan untuk terus kekal dalam kelompok teratas liga. "Saya lebih suka jika semua pemain dalam pasukan ini mampu menjaringkan gol tidak kira mereka berada di posisi pertahanan atau tengah kerana ia akan memberi kelebihan kepada pasukan.

"Namun, sentuhan penyudah daripada Manaf dan Ashaari termasuk Abdul Hadi Yahya tetap ditagih penting untuk memberikan kemenangan kepada pasukan," jelasnya.
sumber / diedit : kosmo
carian : venue perlawanan akhir piala FA 2011 Kelantan vs Terengganu, venue final piala FA 2011, stadium bukit jalil 11 jun 2011, tarikh final piala FA 2011 Kelantan vs Terengganu, harga tiket perlawanan akhir piala FA 2011 Kelantan vs Terengganu, booking tiket final piala FA 2011 Kelantan vs Terengganu online, senarai penjaring terbanyak Terengganu liga super 2011,

No comments:

Post a Comment

Popular Posts