David de Gea Bakal Pemain Baru Manchester United

Penjaga Gol Baru Manchester United  | David de Gea Bakal ke Manchester United
Edwin Van De Sar telah pun umumkan persaraan nya di penghujung musim yang lalu. Kini Manchester United perlu mencari bakat baru setanding beliau untuk mengisi slot penjaga gawang menjelang kempen baru liga perdana inggeris 2012 dan liga juara-juara eropah musim 2012 nanti. Dan prospek penjaga gol bagi menggantikan Edwin van de Sar telah pun dijumpai iaitu David de Gea, penjaga gol Athletico Madrid. David de Gea merupakan salah seorang tonggak utama yang membantu Sepanyol menjuarai EURO -bawah 21 baru-baru ini

David de Gea yang berusia 20 tahun merupakan antara penjaga gol termuda dalam saingan la-liga sepanyol yang mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad itu sepanjang musim lalu. Aksi dan ketangkasan beliau berjaya menarik perhatian beberapa kelab besar seperti arsenal dan beberapa kelab eropah lain. Dengan anggaran jumlah perpindahan 18m pound, de Gea dilaporkan sudah pun menjalani ujian pemeriksaan perubatan di Manchester United.

David de Gea akan menjadi pemain ketiga yang dibeli oleh Sir Alex Furgeson musim depan, setelah pelaburan membawa masuk pemain sayap lincah Aston Villa, Ashley Young dan pemain pertahanan muda Phil Jones dari Blackburn Rovers. Manchester United dikatakan memerlukan seorang lagi pemain di posisi tengah bagi menggantikan Paul Scholes yang bersara dan Wesley Sneijder dari Inter Milan bakal disebut-sebut ke Old Trafford musim 2012 ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts