Video | Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011 Match Highlights

Video Youtube Gol Malaysia vs Taiwan / Chinese Taipei 29 Jun 2011 Match Highlights


Analisa separuh masa pertama
Keputusan Penuh Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011 penuh mendebarkan. Separuh masa pertama Malaysia bermula agak garang dengan serangan awal. Namun Taiwan berjaya juga mengimbangi permainan dengan beberapa kali berjaya melalukan percubaan jauh. Pertahanan Malaysia sedikit bocor di sebelah kanan yang dikawal Helmy Ramely. K.Rajagopal segera membuat pertukaran dengan mengeluarkan Helmy dan memasukkan Abdul Hadi Yahya dengan Amar Rohidan mengambil tempat diposisi pertahanan menyerang.
Malaysia berjaya memecahkan kebuntuan melalui jaringan dari luar kotak penalti ketua pasukan Syafiq Rahim gagal ditampan oleh penjaga gol Taiwan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.


Analisa separuh masa kedua 
Separuh masa kedua K.Rajagopal mengeluarkan Safee Sali yang kemungkinan mengalami kecederaan dengan memasukkan Fakrie Shaarani diposisi serangan. Dan hasilnya Malaysia berjaya menggandakan gol melalui tandukan Aidil Zafuan melalui satu sepakan sudut. Malaysia sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol, namun deretan peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan oleh bahagian serangan. 

Shaakir Shaari yang masuk menggantikan Syafiq Rahim juga turut gagal membantu skuad Malaysia menambah jaringan. Taiwan yang emmbuat pertukaran pemain, berjaya merapatkan jurang gol melalui jaringan Chen Po Liang melalui satu gerakan pantas. Taiwan dilihat seperti sudah berpuas hati dengan keputusan 2-1 untuk membawa bekalan 1 gol ditempat lawan menjelang pertemuan kedua nanti pada 3 Julai. Apa yang boleh Malaysia lakukan di perlawanan kedua adalah dengan menjaringkan gol awal disana kerana Taiwan berkelebihan gol ditempat lawan. Jika Malaysia tewas 1-0, pasti Taiwan yang akan layak walaupun agregat 2-2.


Perlawanan kedua Malaysia vs Taiwan / Chinese Taipei 3 Julai 2011 akan disiarkan siaran langsung di astro arena. Juga berita baik..akan ada siaran langsung Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011 di rtm/tv1 bermula jam 6.30 petang. Jumpa lagi di perlawanan kedua nanti..


Video Youtube Highlights Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011

video gol pertama Syafiq Rahim Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011






VIDEO GOL KEDUA MALAYSIA vs TAIWAN ( GOL AIDIL ZAFUAN )


credit : youtube / sokernet



carian ; video malaysia vs taiwan, video youtube malaysia vs taiwan 29 jun 2011, highlights malaysia vs taiwan 29 jun 2011, full highlights video malaysia vs taiwan 29 jun 2011, video gol malaysia vs taiwan,






2 comments:

Popular Posts