William Oluremi John Bakal Menjadi Pemain Import Kelantan ?

Pemain Import Liga Super Kelantan Musim 2012


William Oluremi John pemain tengah kelahiran nigeria-amerika yang kini beraksi di Liga Crotia bersama kelab NK Vinogradar kini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab liga super Kelantan FC. The Red Warriors nampaknya sudah memulakan pencarian prospek untuk memenuhi kuota pemain import setelah diperkenalkan kembali oleh F.A.M pada musim hadapan. 

Siapa William Oluremi John ini ?..Beliau merupakan seorang pemain tengah yang berbakat dan mempunyai skill kemahiran individu yang baik dan tinggi, Beliau mampu untuk menggelecek pemain pertahanan dengan kawalan bola yang menakjubkan. Lahir pada tahun 1985, beliau kini berusia 26 tahun. Pernah beraksi bersama beberapa kelab di Amerika seperti Chicago Fire kemudian beraksi di Danish League bersama Rander FC.

Beliau hampir mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila menandatangani kontrak bersama Kelab dari Slovakia yang pernah beberapa kali beraksi di UEFA Cup iaitu MSK Zilina, tetapi disebabkan beberapa masalah dengan kelab lama beliau Cukaricki Stankom sebuah kelab dari Meridian League kontrak tersebut tidak dapat diteruskan.

Difahamkan samada perbincangan antara KAFA dengan ejen pemain ini sedang dilakukan..Berapa peratus kesahihan berita ini..masih belum dapat dipastikan..Ini adalah ura-ura dan khabar angin...Hanya Kafa yang dapat menjawab..

Mari saksikan beberapa video youtube aksi William Oluremi John










3 comments:

Popular Posts