Amaran Kerajaan Kepada Astro | Atasi Gangguan Siaran Ketika Hujan

Astro | Atasi Gangguan Ketika Hujan Atau Berdepan Tindakan Undang-Undang


Sejak mula diperkenalkan sekitar 16 tahun lalu, Astro merupakan badan penyiaran yang semakin popular dan ramai pelanggannya di Malaysia. Dari hari ke hari ada sahaja pakej baru dan saluran baru yang diperkenalkan, dan saluran terbaru Indopek di Astro. Sememang Astro bolehlah dikatakan telah pun melengkapi segala jenis saluran yang pelanggan mahukan. Hendak saluran Sukan, Bollywood, Indonesia, Dokumentari, Movie, Kartun segala-galanya ada. Pendek kata, trademark Astro macam-macam ada tu memang betul lah.

Namun jika kita berbalik kepada soal kepuashatian pelanggan, dari segi siaran, rasanya banyak yang perlu diperkatakan. Terutama masalah utama Astro, yang memang sinonim dengan Astro iaitu masalah gangguan siaran ketika hujan. Entah dimana kurangnya dan silapnya, berlaku masalah teknikal seperti ini. Masalah ini telah lama diperkatakan dan memang banyak rungutan dari pelanggan Astro. 

Namun, situasi nya tetap sama. Anda bayangkan sahajalah, jika ada perlawanan siaran langsung bola sepak membabitkan pasukan kebangsaan sebagai contoh yang terdekat, Siaran Langsung Astro Arena Malaysia vs Singapura pada 23 Julai 2011 ini, tiba-tiba hujan ditempat anda sewaktu pasukan kebangsaan ketinggalan dan  rancak menyerang, siaran tiba-tiba hilang..' servis not available '  apa yang anda rasa ketika itu. 

Terkini, pihak kerajaan melalui menteri penerangan komunikasi dan  multimedia, Dato Seri Dr. Rais Yatim akhirnya memandang serius perkara ini setelah beberapa tahun berlaku. Astro telah pun digesa supaya memperbaiki mutu siaran ketika hujan kerana pelanggan turut merasa kerugian dari segi masa tontonan dan merupakan satu ketidakadilan kepada pelanggan yang membayar pada kadar yang sama setiap bulan biarpun jika dalam sebulan tu tiap-tiap hari ada hujan. 

keratan akhbar kosmo 17/Julai/ 2011

KUALA LUMPUR - Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, tegas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada rangkaian televisyen berbayar Astro.
Beliau berkata, rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan. Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.
"Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton,'' katanya selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini semalam. Rais berkata, antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut. 





carian; astro, astro arena, siaran astro, siaran langsung astro,masalah siaran astro, masalah gangguan siaran astro, cara atasi masalah gangguan siaran astro, teknik atasi gangguan siaran, siaran tergendala ketika hujan, saluran terbaru astro, indopek astro, keistimewaan astro, kelebihan astro, saman astro,




7 comments:

  1. wah memang geram bila tengah syok menonton tba...service not available... memang astro harus memperbaiki masalh tu...

    ReplyDelete
  2. amaran je lah..tindakan tiada..Rais cakap cakap tak serupa bikin..poorah

    ReplyDelete
  3. tu lah pasal...tp yg aku pelik astro aku ni hujan renyai² not available..hujan lebat ok la plak..hihi..

    ReplyDelete
  4. bayaran astro xsetimpal degn servis..cekik darah..

    ReplyDelete
  5. astro wat xtau je la..servis xbest

    ReplyDelete
  6. @adeputra

    Betul tu. Isu naik harga tak habis lagi. Ni ckp pasal servis masa hujan pulak. Tapi astro tetap naikkan harga juga. Tindakan ada ke tidak? Atau sekadar politik utk raih undi pilhanraya akan datang?

    ReplyDelete
  7. Astro berlagak sebb takder competition.
    Cuba kalu ada competition
    baru dia tahu.

    ReplyDelete

Popular Posts