Datuk Lee Chong Wei Tarik Diri | Peluang Pemain Remaja Mohd Arif Latif Muncul Juara
Chong Wei menarik diri daripada kejohanan itu akibat kecederaan belakang dan langkah tersebut dilihat wajar bagi memastikan kecederaan- nya dapat dipulihkan sepenuhnya menjelang Kejohanan Badminton Dunia di London bulan depan. Mohd. Arif, naib juara Remaja Asia 2007 yang mewakili BAM-Negeri Sembilan, bakal berdepan cabaran Chan Kwong Beng yang mewakili BAM-Perak pada final hari ini setelah menewaskan Tan Chun Seang dari Kedah 21-18, 21-19 pada separuh akhir semalam.
Ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek memberitahu, penarikan diri Chong Wei membuka peluang kepada Mohd. Arif untuk muncul juara perseorangan lelaki hari ini. “Ia berdasarkan prestasi semasa Mohd. Arif, namun dia perlu mengekalkan rentak permainannya ketika menewaskan Muhammad Hafiz Hashim,” ujar Rashid. Bagi perseorangan wanita pula, Sonia Cheah Su Ya yang mewakili BAM-Kuala Lumpur mengejutkan pilihan pertama kejohanan, Tee Jing Yi yang mewakili BAM-Pulau Pinang 21-15, 18-21, 21-15.
sumber / diedit ; kosmo
kesian datuk lee chong wei, huhu
ReplyDeleteada strategi tu tarik diri...
ReplyDeletedatuk xpayah lawan la kat malaysia ni .. bagi la peluang kat orang lain sama ..
ReplyDelete** bro ip wa kat shoutmix lu kena ban ka..