Prebiu Kelantan vs Pelita Jaya 9 Julai 2011 | Perlawanan Persahabatan

Perlawanan Persahabatan Kelantan vs Pelita Jaya 9 Julai 2011 | Medan Uji Pemain Import Kelantan Liga Super Musim 2012



Liga Super 2011 akan memulakan kembali aksi pada 6 Julai ini yang merupakan perlawanan terakhir bagi musim ini. Perlawanan ini merupakan penentu juara liga super musim 2011 ini. Selepas tamat aksi liga super, setiap pasukan pasti akan cuba memantapkan lagi pasukan masing-masing.

Kehadiran semula pemain import ke dalam kancah liga malaysia pasti akan menarik apabila ianya bermula musim 2012 nanti. Sebagai persediaan menghadapi Liga Super 2012, beberapa pasukan telah pun membuat persediaan awal antaranya pasukan Kelantan yang telah pun mengatur perlawanan persahabatan menentang kelab dari Indonesia iaitu Pelita Jaya FC, kelab dimana Safee Sali sedang beraksi ketika ini.

Perlawanan yang dijadualkan pada 2 Julai itu, terpaksa ditunda ke 9 Julai berikutan tarikh nya begitu hampir dengan perlawanan kedua kelayakan piala dunia Malaysia menentang Taiwan pada 3 Julai nanti. Kebanyakan pemain Kelantan turut tersenarai dalam kesebelasan utama negara termasuk beberapa pemain utama seperti Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Shakir Shaari dan Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. 
 
Perlawanan ini antara lain nya adalah medan untuk pasukan kelantan menguji pemain import yang dilaporkan akan diturunkan pada perlawanan menentang Pelita Jaya itu. Antara nama-nama pemain import Kelantan 2012 tersebut adalah ; Jocip Bonacin dari Croatia, Obinna Nwaneri dari Nigeria ( pemain kebangsaan skuad Nigeria ) dan Igor Radovanovic ( Bekas pemain U-21 Bosnia Herzegovina ) dan 2 orang lagi masih dalam rundingan. Kemungkinan salah seorang adalah John Oluremi William.

 
JOCIP BONACIN 

POSISI - PERTAHANAN - Centre Back / Left Back
( FC Zhetysu - Kazakhstan Premier League )
Berusia - 27 tahun


OBINNA NWANERI
POSISI - PERTAHANAN ( Bekas pemain kebangsaan Nigeria )
Kazma FC - Kuwait League ( KONTRAK TAMAT 2011 )
Berusia - 29 tahun

IGOR RADOVANOVIC

POSISI - PENYERANG ( Bekas Pemain U-21 Bosnia Herzegovina )
FK Slavija
Berusia 26 tahun
 
 

9 comments:

Popular Posts