Siaran Langsung & Jadual Liga Super 6 Julai 2011



Liga Super 2011 bagi perlawanan terakhir musim 2011 akan berlangsung pada 6 Julai 2011 ini setelah hampir satu bulan terhenti untuk memberi laluan aksi perlawanan kelayakan olimpik menentang Lubnan dan kelayakan piala dunia menentang Taiwan yang masih menunggu aksi timbal balik di Taipei pada 3 Julai ini. Kebanyakan pasukan yang berada di kelompok teratas pasti kehilangan beberapa tonggak utama kerana tersenarai untuk persediaan aksi perlawanan kedua kelayakan piala dunia 3 Julai 2011 menentang Taiwan itu.

Kelantan, Terengganu dan Selangor masing-masing akan turun tanpa beberapa pemain utama berdepan lawan masing-masing diperlawanan terakhir liga super 2011 ini. Yang pasti, kemenangan pasti akan menobatkan pasukan Kelantan sebagai juara liga super musim 2011 nanti. Manakala Terengganu dan Selangor pastinya mengharapkan Sabah mengambil kesempatan beraksi dilaman sendiri dengan ketiadaan beberapa pemain utama The Red Warriors.

Jangan lupa saksikan siaran langsung astro arena Liga Super Sabah vs Kelantan 6 Julai 2011 bermula jam 8.15 malam live streaming.

Jadual Perlawanan Liga Super 2011 6 Julai 2011

8:45:PM N. Sembilan lwn Perlis (Stdm TAR, Paroi)

8:45:PM Pahang lwn Kedah (Stdm Darul Makmur)

8:45:PM Harimau Muda A lwn Johor FC (Stdm S. Alam)

8:45:PM T-Team lwn K Lumpur (Stdm S.I.N.S.)

8:45:PM Felda United FC lwn Terengganu (Stdm MBPJ)

8:45:PM Perak lwn Selangor (Stdm Ipoh)

8:15:PM Sabah lwn Kelantan (Stdm Likas) - LIVE astro arena 6/7/2011
 
 
Carta terkini liga super Julai 2011 / sebelum perlawanan 6 julai 2011
klik utk zoom

credit to sokernet
 
 p/s : dengar cerita RTM / TV1 akan memulakan kembali siaran langsung bola sepak malaysia bermula pada aksi piala malaysia nanti..jadi mungkin tiada aksi siaran langsung rtm / tv1 liga super pada 6 julai 2011 ini. tunggu je berita baik dari rtm pada siaran langsung piala malaysia 2011 nanti..harap-harap benar-benar ada..

2 comments:

  1. pemain utama tak main ke.. kan dah abis match malaysia pada masa tu

    ReplyDelete
  2. @Esempoi betul jugak noo..bce paper kate player kelantan rmi xde..xbpe pasti lak..ish3..ADA KOT..

    ReplyDelete

Popular Posts