KEPUTUSAN TERKINI KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011| 10 OGOS

KEPUTUSAN TERKINI KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011| 10 OGOS



Keputusan Kejohanan Badminton Dunia 2011 semalam menyaksikan wakil negara terus meneruskan aksi cemerlang . Beregu harapan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2011 apabila menumpaskan pasangan China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan 21-6, 20-22, 21-15 di Arena Wembley.

Pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan keempat, bakal bertemu sama ada Chen Hung Ling-Lin Yu Lang dari Taiwan atau pasangan Jerman, Ingo Kindervater-Johannes Schoettlier dalam pusingan ketiga, hari ini.

Terdahulu dalam perlawanan pusingan kedua, pasangan negara bermula garang pada set pertama yang berkesudahan 21-6 tetapi gagal mengekalkan rentak pada set kedua apabila beregu China itu bangkit untuk menang 22-20. Biarpun pernah tiga kali menumpaskan pasangan China itu, anak didik Rexy Mainaky akhirnya menempah kemenangan pada set ketiga dalam perlawanan yang mengambil masa sejam enam minit.

Begitupun, beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang pernah dua kali menumpaskan Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa dari Jepun, gagal meneruskan kemaraan selepas tunduk kepada pasangan pilihan keempat itu, 21-16, 22-24, 22-20
Jaguh perseorangan negara Lee Chong Wei seperti diramal mudah layak ke pusingan ketiga, dia tampak sudah bersedia menempuh gelora berikut dalam kancah badminton Kejohanan Dunia dengan sifat yakin, selepas mudah menewaskan Lang Ville dari Finland, 21-10, 21-10 dalam masa 29 minit di pusingan kedua. 

Pemain nombor satu dunia itu layak ke pusingan ketiga dan akan berdepan pemain Korea Selatan, Park Sung-hwan ketika pertembungan ini harus memberi gambaran mengenai prospeknya menjuarai edisi kali ini di Arena Wembley.

Sung-hwan menewaskan rakan senegaranya, Shon Wan-ho 21-14, 21-10, juga di pusingan kedua. Kali terakhir Chong Wei dan Sung-hwan bertemu adalah di Piala Sudirman, pada Mei lalu, dengan kemenangan memihak pemain negara. Pemain Guatemala, Kevin Cordon merakamkan satu lagi kemenangan menewaskan lawan dari Sweden, Henri Hurskainen dan mungkin berdepan Chong Wei di suku akhir kejohanan badminton dunia 2011 andai mereka melepasi halangan ma­sing-ma­sing, hari ini.








tags ;BADMINTON KEJOHANAN DUNIA 2011, KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011, KEPUTUSAN TERKINI BADMINTON KEJOHANAN DUNIA 2011, KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 8 OGOS - 14 OGOS 2011, KEPUTUSAN FINAL BADMINTON KEJOHANAN DUNIA 14 OGOS 2011, KEPUTUSAN MALAYSIA KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011, KEPUTUSAN TERKINI PEMAIN MALAYSIA BADMINTON KEJOHANAN DUNIA 2011, KEPUTUSAN KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 8-14 OGOS 2011, KEPUTUSAN LEE CHONG WEI, KEPUTUSAN LEE CHONG WEI BADMINTON DUNIA 2011,KEPUTUSAN BADMINTON DUNIA 2011, SIARAN LANGSUNG BADMINTON DUNIA 8-14 OGOS 2011, SIARAN LANGSUNG KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 LIVE ASTRO, KEPUTUSAN BEREGU MALAYSIA BADMINTON KEJOHANAN DUNIA 2011, KEPUTUSAN DATUK LEE CHONG WEI KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011, JADUAL BADMINTON DUNIA 2011, JADUAL KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011, RESULT BADMINTON DUNIA 2011


No comments:

Post a Comment

Popular Posts