PENGUMUMAN TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 2011/1432 H

BILA TARIKH HARI RAYA PUASA 1 SYAWAL 1432 H /2011| TARIKH PENGUMUMAN RAYA PUASA 2011


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh hari raya puasa 2011 akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah. Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

– BERNAMA












tags :  TARIKH LIHAT ANAK BULAN, TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL,TARIKH RAYA,BILA TARIKH RAYA PUASA, RAMALAN TARIKH HARI RAYA PUASA 2011,BILA 1 SYAWAL 1432 H,BILA TARIKH 1 SYAWAL 1432 H,TARIKH UMUM RAYA PUASA 29 OGOS 2011 ISNIN,TARIKH  RAYA PUASA 30 OGOS 2011, BILA RAYA,TARIKH HARI RAYA PUASA AIDILFITRI 2011, PENGUMUMAN RAYA ONLINE 2011,LIVE STREAMING PENGUMUMAN RAYA 2011, PENGUMUMAN TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 1 SYAWAL 2011,PENGUMUMAN RAYA TV3/RTM LIVE,WAKTU PENGUMUMAN TARIKH HARI RAYA PUASA 2011, TEMPAT LIHAT ANAK BULAN SYAWAL, LOKASI LIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2011, TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 31 OGOS 2011,

1 comment:

Popular Posts