SAFIQ RAHIM KE CARDIFF CITY|TAWARAN PERCUBAAN BERMAIN LIGA DEVISYEN DUA ENGLAND

SAFIQ RAHIM KE CARDIFF CITY|TAWARAN PERCUBAAN BERMAIN LIGA DEVISYEN DUA ENGLAND


Kapten Malaysia skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti. “Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam. Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.

“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut. “Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.

Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.

Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.


sumber : kosmo


TAGS: SAFIQ RAHIM KE CARDIFF CITY,SAFIQ RAHIM BAKAL KE CARDIFF CITY,CARDIFF CITY TAWAR TRIAL OFFER PADA SAFIQ RAHIM, KAPTEN MALAYSIA SAFIQ RAHIM DITAWAR TEMPOH PERCUBAAN 3 MINGGU DI CARDIFF CITY, SAFIQ RAHIM AKAN KE CARDIFF CITY OKTOBER 2011, BERITA SAFIQ RAHIM KE LIGA KEJUARAAN ENGLAND, LIGA DEVISYEN DUA KEJUARAAN ENGLAND, SAFIQ RAHIM AKAN KE KELAN DEVISYEN DUA CARDIFF CITY, SAFEE SALI KE CARDIFF CITY,SAFEE SALI KE QPR,KHAIRUL FAHMI CHE MAT KE QPR, NOR SHAHRUL IDLAN TALAHA KE QPR

1 comment:

Popular Posts