SYAFIQ RAHIM KE PERSIJA JAKARTA MUSIM DEPAN | LIGA SUPER INDONESIA

SYAFIQ RAHIM KE PERSIJA JAKARTA MUSIM DEPAN | LIGA SUPER INDONESIA | AMIRUL HADI KE PERSIB BANDUNG DAN KELAB JEPUN
Kapten Malaysia Syafiq Rahim berhijrah ke Liga Super Indonesia musim depan. Itu adalah khabar angin terbaru yang sedang melanda bola sepak negara. Menurut sumber F.A.S, kini sah bahawa Syafiq Rahim akan bermain di Persija Jakarta musim depan dan seorang lagi pemain sayap kebangsaan  iaitu Amirul Hadi sedang dipancing oleh kelab dari Liga Jepun dan juga Persib Bandung.

Kedua-dua pemain itu sebenarnya telah pun dipancing kelab-kelab dari Liga Indonesia sejak musim lalu lagi, selepas membantu Malaysia juara AFF Suzuki Cup 2010. Namun, terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielak, menyebabkan mereka terus kekal di Liga Super. Hasrat untuk bermain di luar negara sebenarnya memang satu impian bagi kapten pasukan Malaysia itu.

Mengikuti jejak langkah safee sali yang bermain di Pelita Jaya, Syafiq Rahim bakal menjadi pemain kebangsaan negara yang kedua untuk bermain secara tetap di luar negara. Dan jika benar Amirul Hadi juga pasti akan turut termasuk dalam senarai itu. Ini merupakan satu perkembangan yang positif bagi bola sepak negara.

Penghijrahan ini, bukan bererti liga kita tidak kompetitif ataupun tidak bagus, ianya harus dipandang positif oleh semua pihak. Lihat sahaja penghijrahan Safee Sali yang pada awalnya diberi reaksi yang pelbagai oleh banyak pihak, namun selepas meledak beberapa gol dan membantu Pelita Jaya keluar dari zon bawahan Liga Super Indonesia, ramai pihak mula membuka mata. Kita seharusnya memberikan sokongan dan berharap lebih ramai pemain negara akan berpangkalan ke seluruh dunia dalam menaikkan nama Malaysia dalam sukan Bola sepak.
sumber : portalsukan



TAGS : SYAFIQ RAHIM KE PERSIJA, SYAFIQ RAHIM BERMAIN DI LIGA INDONESIA, SYAFIQ RAHIM BERHIJRAH KE LIGA INDONESIA, SYAFIQ RAHIM SAH MILIK PERSIJA JAKARTA, KAPTEN HARIMAU MALAYA KE LIGA INDONESIA, AMIRUL HADI KE PERSIB BANDUNG, AMIRUL HADI DAN SYAFIQ RAHIM KE LIGA SUPER INDONESIA, SYAFIQ RAHIM BERMAIN DI PERSIJA JAKARTA, BERITA SYAFIQ RAHIM KE INDONESIA, SYAFIQ RAHIM MAIN DI INDONESIA, AMIRUL HADI MAIN DI LIGA INDONESIA, PENGHIJRAHAN SYAFIQ RAHIM KE INDONESIA, PEMAIN MALAYSIA KE INDONESIA, SYAFIQ RAHIM PERSIJA INDONESIA, SYAFIQ KE ISL,PERPINDAHAN SAFIQ RAHIM KE LIGA INDONESIA

6 comments:

  1. bagus la player malaysia main dekat luar..baru boleh dapat pengalaman dengan team-team luar.. sekarang dah ada kemajuan

    ReplyDelete
  2. bertamah lah harga dan ekslusif pemain malaysia..itu baru permulaan..kasi nampak..lepas ni kot-kot..jepun ke negara sebelah arab pun berminat..mana tahu kan?..pepehal pun tahniah uncle ucapkan..pergi jangan tak pergi timba pengalaman beb !!

    ReplyDelete
  3. takper.. pegilah, ikut FIFA kita berhak panggil deorang kalau ada assingment negara. negara2 yang maju dalam bola sepak dah lama buat.. biasala tu.

    ReplyDelete

Popular Posts