VIDEO|IKLAN RAMLI TM MAN UNITED CETUS FENOMENA SEKELIP MATA

IKLAN RAMLI TM JERSI 19 MANCHESTER UNITED| IKLAN TERBARU TM ( TELEKOM MALAYSIA )


Ramli Manchester United semakin popular dikalangan peminat sukan tanahair. Ramli yang dikatakan rakyat pertama Malaysia bermain di Manchester United telah menggapai populariti dalam masa yang singkat. Siapakah Ramli yang menjadi topik perbualan hangat di laman sosial dan website ? ...

Ramli @ Manchester United adalah iklan terbaru TM ( Telekom Malaysia ). Ketika perlawanan Malaysia vs Jepun semalam, sedang jepun mendahului pasukan negara, sedikit rasa kekecewaan terubat melihat aksi dan gelagat ramli, watak dalam iklan TM Manchester United itu. Beliau yang berlari-lari didalam bilik persalinan Man United sambil Nani melihatnya dengan jersi 19 dipakainya, dan beberapa lagi bintang The Red Devils menjadi topik perbualan di laman-laman sosial.


Selepas kekalahan Malaysia ditangan Jepun semalam, ada yang berseloroh supaya diambil Ramli yang bermain dengan Manchester United. Ketika itu,masih ramai yang masih belum tahu mengenai iklan ini. Dan ramai yang bertanyakan siapa ramli, apa benar ramli sedang dalam proses menyertai program latihan di Man United. 

Iklan tersebut banyak membawa maksud yang tersirat. Setiap kejayaan mesti datang dengan usaha yang gigih. Selain itu, bagi pneumedic, iklan ini sedikit sebanyak dapat mengubah tanggapan dan persepsi lama yang beranggapan bidang sukan seperti bola sepak tidak menjamin masa hadapan. Dahulu, bila ditanya bila besar nak jadi apa. semua akan jawab, doktor,peguam,polis,askar..selepas ini, mungkin ramai akan jawab, pemain bola, penjaga gol macam apex, atau nak jadi macam Messi.

Jika dahulu, cikgu sendiri pernah bertanya, apakah cita-cita kamu? Saya pernah menjawab sekali ketika di Form 1 di SERATAS Taiping,-" nak jadi pemain bola sepak cikgu " . Dan-dan cikgu balas ' kalau nak jadi pemain bola, bukan masuk sekolah ini, kena masuk sekolah sukan bukit jalil. kamu kena tukar cita-cita kamu, kawan-kawan lain semua jawab nak jadi doktor or engineer, kamu je lain, minggu depan kalau saya tanya balik, saya hendak kamu dah tukar cita-cita kamu "...suka-suka jer cikgu ni suruh tukar cita-cita. Nama pun cita-cita..

Semoga suatu hari nanti, iklan Ramli TM Manchester United ini, benar-benar jadi kenyataan...

VIDEO IKLAN RAMLI TM MANCHESTER UNITED| IKLAN TERBARU TM









TAGS : RAMLI MANCHESTER UNITED, RAMLI PEMAIN MAN UNITED, RAMLI IKLAN TM, TELEKOM MALAYSIA RAMLI MAN UNITED, IKLAN TERBARU RAMLI TM, MAN UNITED DAN TM, RAMLI JERSI 19 MAN UNITED, SIAPA PEMAIN MAN UNITED RAMLI, SIAPA RAMLI, IKLAN TM MANCHESTER UNITED RAMLI JERSI 19, VIDEO YOUTUBE RAMLI TM MANCHESTER UNITED, VIDEO YOUTUBE IKLAN RAMLI MAN UNITED,



1 comment:

  1. rambut ramli ..masa main ngan man u kalau tak potong lg bagus...

    ReplyDelete

Popular Posts