MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 | MEDIAFIRE FREE DOWNLOAD EPISODE 1



Selepas Raja Lawak muncul Maharaja Lawak. Dan kini Astro muncul pula dengan Maharaja Lawak MEGA. Program Realiti Lawak yang menampil kemunculan semula artis lawak atau pelawak-pelawak tanah air yang pernah memeriahkan industri lawak tanah air suatu ketika dahulu.

Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega.

Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka.

Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000.

Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri.

“Kami member kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta.

“Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.

SENARAI PESERTA

Berkumpulan:
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid


sumber ; manggaonline

Link Download Episod 1 - credit jieazzmovie.net

Part 1/ Part 2 / Part 3







Tags :  MAHARAJA LAWAK MEGA 2011. DOWNLOAD MAHARAJA LAWAK MEGA FULL EPISOD, EPISOD 1 MAHARAJA LAWAK MEGA MEDIAFIRE, FREE DOWNLOAD MEDIAFIRE MAHARAJA LAWAK MEGA, INFORMASI MAHARAJA LAWAK MEGA 2011, SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011, KUMPULAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2011

No comments:

Post a Comment

Popular Posts