MAMAT SEPAH DAN FIDA PUTUS CINTA ? PUNCA GAMBAR TAK PAKAI TUDUNG FIDA ?


 MAMAT SEPAH DAN FIDA PUTUS CINTA ? | ISU GAMBAR TAK PAKAI TUDUNG FIDA JADI PUNCA 



Mamat Sepah dan Fida putus cinta ? ..Khabar angin kisah keretakan hubungan dua artis ini bertiup kencang selepas tersebarnya gambar Fida Tak Pakai tudung di internet yang mana Mamat akui terupload ke internet. Justeru menjadi bahan bualan peminat kedua-dua artis ini terutama Fida yang sememangnya terkenal dengan imej bertudung.

Mamat memberitahu masih kabur sama ada kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim telah memaafkan dirinya berhubung konflik melibatkan mereka berdua. Mamat berkata, melalui satu perbualan dengan Fida baru-baru ini, kekasihnya itu telah memaafkannya secara lisan tetapi tidak pasti sama ada ia lahir daripada kejujuran hati pelakon itu atau tidak.

“Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut melalui telefon untuk meminta maaf kepadanya dan Fida secara lisan telah memaafkan saya. “Namun saya tidak pasti sama ada Fida telah memaafkan saya tulus dari hatinya kerana saya tidak dapat membaca apa yang terkubu dalam dirinya itu. Kami belum pernah berjumpa selepas kejadian itu,” ujarnya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Mamat sebelum ini secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya dan gambar tersebut telah tersebar luas di internet. Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapannya itu kerana telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar. Dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Fida membuat kenyataan enggan memaafkan Mamat kerana perbuatan tersebut telah mencalarkan maruahnya.

Dalam pada itu, Mamat memberitahu buat masa ini dia tidak mahu mengulas apa-apa mengenai kejadian itu kerana enggan kes tersebut terus panas dengan pelbagai kenyataan balas daripada kedua belah pihak. “Perkara telah terjadi dan tidak ada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya tidak mahu menghangatkan keadaan dan terpulang kepada individu dan masyarakat untuk menilai,” ujarnya.

Mamat dalam penjelasannya memberitahu gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.

sumber  : mummynemo.com

**kalau nak cari gambar tu..search lah di internet..tak mahu lepas ni Fida marah dan putuskan hubungan dengan aku plak...hehe...
***sekali tengok gambar tu..mirip Datuk Siti la.....sedara la katakan....










TAGS: GAMBAR FIDA IBRAHIM TAK PAKAI TUDUNG, MAMAT DAN FIDA BERCINTA, CINTA MAMAT SEPAH DAN FIDA IBRAHIM PUTUS, HUBUNGAN MAMAT SEPAH DAN FIDA IBRAHIM, MAMAT UPLOAD GAMBAR TIDAK PAKAI TUDUNG FIDA KE FACEBOOK, FIDA DAN MAMAT PUTUS, ISU GAMBAR TAK BERTUDUNG FIDA IBRAHIM

5 comments:

  1. Putus cinta sebab gambar tak pakai tudung terbongkar?..buat apa nak marah dah memang u tak kisah tunjuk rambut kat mamat yg bukan mahram u..kalau orang lain tengok pun kira u redha jugak lah kan?

    ReplyDelete
  2. dah jadi sepah la tu...bersepah2

    ReplyDelete
  3. dahtu KAHWIN jelah.. habis cerita

    ReplyDelete

Popular Posts