LAGU LUCAH DISIARKAN DI STESEN TV DAN RADIO

 LAGU LUCAH DISIARKAN DI STESEN TV DAN RADIO INDONESIA| VIDEO KLIP LAGU HAMIL DULUAN, MOBIL BERGOYANG, CINTA SATU MALAM, AKU INGIN DILUBANGI, MARI BERCINTA 2 LAGU BERUNSUR LUCAH INDONESIA


JAKARTA — Semua stesen radio dan televisyen di wilayah Jawa Barat diarah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video mengandungi lirik yang boleh dianggap lucah.

Pengharaman itu dibuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) , majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.

"Sehingga tahun ini, kami menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV,” kata pesuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Isnin.

Lagu-lagu yang dianggap lucah termasuk ”Mobil Bergoyang”, ”Cinta Satu Malam”, ”Hamil Duluan”,”Aku Ingin Dilubangi” dan ”Mari Bercinta 2”.

"Mobil Bergoyang, sebagai contoh, mengandungi lirik mengenai bagaimana gadis liar tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk berasmara tetapi hanya sebuah kereta.

Lagu ”Hamil Duluan” ialah mengenai pasangan yang belum berkahwin mengadakan hubungan seks menyebabkan si gadis mengandung.

Nursyawal berkata, suruhanjaya itu tidak bertindak sebagai penapis mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.

"Apa yang boleh kami buat ialah mengharamkan ia daripada disiarkan. Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, yang disebut sebagai negara paling liberal, lagu dan video yang mengandungi bahan seks tidak dibenar disiarkan untuk awam,” katanya.

Ibu bapa pula mengalu-alukan pengharaman itu dan seorang bapa kepada dua anak, Iman Herdiana, 29, berkata, beliau amat terganggu apabila mendengar anak perempuannya berusia dua setengah tahun menyanyikan lagu ”Cinta Satu Malam”.

"Ia tidak manis untuk didengar,” katanya yang memberitahu anaknya mendengar lagu itu daripada televisyen dan beliau meminta isterinya menukar saluran lain apabila video itu disiarkan. - Bernama

 VIDEO KLIP LAGU HAMIL DULUAN



**kutuk orang, tapi dinegara sendiri lagi teruk..apa nak jadi dengan Indonesia ni... kat negara islam terbesar dengan penduduk yang ramai..adoyai..

2 comments:

Popular Posts