AWAN NANO HAFIZ JUARA LAGU KE 26

LAGU AWAN NANO HAFIZ JUARA LAGU KE 26

 
Lagu Awan Nano ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Budi Hikayat, yang dinyanyikan oleh Hafiz AF7 muncul Juara Lagu ke 26 sebentar tadi. Lagu yang cukup menyentuh hati dan dinyanyikan penuh emosi oleh Hafiz, diangkat sebagai Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu ke 26 oleh juri.

Hafiz AF7, turut memenangi kategori Vokal Terbaik AJL 26, menerusi lagu Awan Nano, sekaligus mempertahankan gelaran yang sama dimenangi beliau pada edisi yang lalu.

Tempat kedua Juara Lagu dimenangi oleh gandingan 3 suara, iaitu Jacqeulin Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah menerusi lagu beribu sesalan. Manakala Faizal Tahir memenangi tempat ketiga menerusi lagu Karma ciptaan Audi Mok.

Kemunculan Remy Ishak sebagai elemen kejutan pada persembahan Alyah membuat juri sebulat suara memilih beliau sebagai pemenang persembahan terbaik AJL 26. Alyah yang tampil dengan lagu Kisah Hati, turut menampilkan persembahan seperti patung yang sedang berpusing dan menari.

Tahniah kepada semua pemenang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
tags : AWAN NANO AJL 26, LAGU AWAN NANO JUARA AJL 26, LAGU M.NASIR JUARA LAGU KE 26, AWAN NANO DINOBATKAN JUARA LAGU KE 26, ALYAH PERSEMBAHAN TERBAIK AJL 26, REMY ISHAK MUNCUL DALAM PERSEMBAHAN ALYAH KISAH HATI, ALYAH KISAH HATI ,REMY ISHAK ALYAH KISAH HATI AJL 26, HAFIZ AF7 AWAN NANO AJL 26, JUARA LAGU 26 AWAN NANO, VOKAL TERABIK AJL 26,  LAGU M.NASIR JUARA LAGU KE 26, 3 SUARA BERIBU SESALAN KEDUA AJL 26,KEPUTUSAN AJL 26, RESULT AJL 26, ANUGERAH JUARA LAGU KE 26 2012,KEPUTUSAN PENUH AJL 26, AWAN NANO JUARA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts