KEMALUAN LELAKI TERTUSUK RANTING KAYU 13 CM SEMPAT DISELAMATKAN

KEMALUAN TERTUSUK RANTING KAYU 

 

MIRI – Seorang lelaki terpaksa mengharungi detik cukup menyakitkan apabila kemaluannya tercucuk sebatang ranting kayu kering sepanjang 13 sentimeter di sebuah ladang kelapa sawit di Bakun dekat sini kelmarin. 
 
Mangsa, seorang warganegara Indonesia yang masih belum dikenal pasti identitinya, terpaksa menahan kesakitan selama tiga jam sebelum doktor di Hospital Miri berjaya menarik keluar serpihan kayu daripada kemaluannya.  
 
Difahamkan, doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan ranting kayu daripada kemaluan lelaki berusia 24 tahun itu dalam pembedahan yang rumit.  
 
Sementara itu, rakannya yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian pukul 11.30 pagi, mangsa sedang memotong rumput di kawasan ladang sawit berkenaan sebelum dia tergelincir jatuh ke dalam sebuah gaung sedalam kira-kira 10 meter.  
 
Akibatnya, kemaluannya tercucuk ranting kayu berkenaan menyebabkan mangsa meraung kesakitan. 
 
Jeritan mangsa itu didengari rakan-rakan sekerja.  Mereka kemudian terus bergegas ke lokasi terbabit sebelum mengusung mangsa keluar untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Niah.  
 
“Bagaimanapun, mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Miri memandangkan kekurangan kemudahan selain ketiadaan doktor di klinik berkenaan. 
 
“Nasib baik, kemaluan kawan saya dapat diselamatkan kerana pada masa itu dia hampir berputus asa akibat tidak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat,” ujarnya.
 .
 .
-sumber- kosmo online
 
 
 
 
.
 
 
 
 
 
Tags: KEMALUAN DITUSUK RANTING KAYU, RANTING KAYU TERTUSUK KEMALUAN LELAKI DI MIRI, KEMALUAN TERTUSUK RANTING KAYU SEPANJANG 13 CM, LELAKI TERTUSUK RANTING KAYU DI KEMALUANNYA, DOKTOR KELUARKAN KAYU DARI KEMALUAN LELAKI, ALAT SULIT LELAKI NYARIS DIPOTONG, ALAT SULIT LELAKI TERTUSUK RANTING KAYU

No comments:

Post a Comment

Popular Posts