Esok adalah 1 April 2011..Tanggal yang selalu diingati sesetengah orang yang pasti mahu mengebakan seseorang, Dan esok juga pasti ada yang bakal menjadi mangsa 1 April yang sinonim dengan April Fool. Bagaimana pula jika orang yang dikenakan tu, panas baran..tentu perang besar bakal meletup. Dan mungkin jua, pergaduhan, perselisihan faham bakal berlaku.
Bagi sesetengah orang, April Fool dapat mengeratkan hubungan dengan seseorang. Benarkah ?..Adakah anda tahu sejarah April Fool dari sudut islam?..
SEJARAH APRIL FOOL
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya bermula dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The Aprils Fool Day bermula dari satu episod sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah ianya dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang merupakan kawasan pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah diri, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal berputus asa terus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berjaya. Dihantarlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, yakni pertama mereka harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulalah secara diam-diam mereka menghantar alkohol dan rokok secara perlahan ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memikat kaum muda agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al-Quran. Mereka juga menghantar sejumlah ulama palsu yang bertindak sebagai api yang bertujuaan mewujudkan perpecahan di dalam diri umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal erti peri kemanusiaan. Bukan hanya pasukan Islam yang dibunuh, juga penduduk kurang upaya, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan kejam..
Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan sudah sepi, hanya yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera Salib mengetahui bahawa banyak kaum Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu berteriak dan membuat satu pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan anda jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan! demikian kata tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentEra Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya mampu melihat ketika tentera Salib membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil. Sedangkan tentera Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera menyerang dan membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangisan dan takbir kedengaran. Dengan ganas tentera Salib terus membunuh warga kurang upaya yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Fool (The Aprils Fool Day).
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak baik jika ada orang Islam yang mengikut merayakan tradisi ini. Sebab, dengan mengikut merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu turut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad yang lalu.
Jadi adakah anda sudah pun menyambutnya???..........Selamat Beramal...
april fool yang 'ringan' boleh lah kot mengeratkan hubungan..kalau sampai 'hangit'..erm, tak tau la
ReplyDeletesay no to APRIL FOOL !!
ReplyDeletenelly- i like say no k
ReplyDeletect wawa - terpulang kpd pemahaman masing2..niat tu penting
ReplyDelete