Dato Lee Chong Wei Juara All England 2011

Keputusan Final All England 2011 akhirnya memihak kepada pemain negara juga, setelah Dato' Lee Chong Wei menewaskan musuh ketatnya Lin Dan 21-17,21-17 di Brimingham, England untuk menjadi antara pemain yang berjaya mempertahankan gelaran buat kali kedua setelah memenanginya pada edisi sebelum ini.

Kemenangan Dato' Lee Chong Wei ini, sudah pasti mengubat kekecewaan kem Malaysia selepas pasangan beregu utama negara Koo Kien-Kiat dan Tan Boon Heong tewas di tangan pasangan dari Denmark iaitu Boe dan Morgensen dalam perlawanan 3 set di pentas akhir.

 Dato' Lee Chong Wei tewaskan Lin Dan

Dan lebih manis, Dato' Lee Chong Wei berjaya membalas dendam kekalahan semasa final Terbuka Korea yang lalu. Semoga dengan kemenangan ini, akan membangkit semangat dikalangan pelapis badminton negara kita untuk mengikuti jejak langkah beliau, kerana apa yang dilihat sekarang, masih tiada pengganti untuk Dato' Lee Chong Wei, sedangkan China, sudah pun mempunyai Chen Jin untuk menggantikan Lin Dan. 

Belum pun itu berlaku, muncul pula seorang lagi pemain muda mereka iaitu Cheng Long. Tetapi kita masih menunggu dan terus menunggu kemunculan seorang lagi ' Lee Chong Wei '....Sesuatu harus dilakukan oleh B.A.M untuk  mencari pelapis yang berbakat. Jika tidak, mungkin nama Malaysia suatu hari nanti, tidak lagi digeruni diarena antarabangsa.


Arif Latif - mampukah beliau menjadi "the next Lee Chong Wei "

4 comments:

  1. siapa nak ganti dirimu wahai dato lee..hmmm..apa la nasib badminton malaysia nanti

    ReplyDelete
  2. puas tengok permainan chong wei sgt cemerlang... betul pengganti chong wei blum nampak lagi, bam perlu buat sesuatu

    ReplyDelete

Popular Posts