JENAZAH PELAJAR MALAYSIA MAUT DI RUSSIA TIBA - SUASANA PILU SELEBUNGI KELUARGA

 JENAZAH 2 PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA MAUT DI RUSSIA TIBA DI TANAHAIR UNTUK DIKEBUMIKAN



Suasana pilu menyelubungi surau Al-Iman di Presint 9 di sini sebaik ketibaan jenazah pelajar Malaysia, Adzreen Dimyati, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia, 

Ahad lepas. Anggota keluarga dan jiran serta kenalan mangsa yang mula berkumpul sejak awal lagi di surau tersebut kelihatan sayu sebaik jenazah tiba jam 12.40 tengah malam (Sabtu). 

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) jam 10.05 malam (Jumaat) dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai, bersama mayat seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Hanisah Muhd Shah

Jenazah Adzreen, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kemudian terus dibawa ke surau tersebut untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini. 

Manakala jenazah Hanisah, pelajar tajaan MARA, pula dibawa ke Dungun, Terengganu untuk urusan pengebumian. 

Dalam kemalangan tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain. 

Kesemua mereka adalah pelajar Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku.


.
.





Tags: PELAJAR MALAYSIA MAUT KEMALANGAN DI RUSSIA, KEMALANGAN VAN PELAJAR MALAYSIA DI RUSSIA, JENAZAH 2 PELAJAR MALAYSIA MAUT DI RUSSIA SELAMAT TIBA, PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA DI RUSSIA,

No comments:

Post a Comment

Popular Posts