Carta Terkini Liga Super - updated selepas perlawanan 30 April 2011
Kelantan kembali merampas kedudukan pendahulu liga super selepas kemenangan 2-0 keatas Kuala Lumpur sebentar tadi. Berkongsi 33 mata dengan Kelantan adalah pasukan Selangor yang gagal memanfaatkan peluang semalam apabila sekadar seri 1-1 dengan Terengganu yang kini meduduki tangga ketiga Liga Super dengan 32 mata. Kini hanya perbezaan gol sahaja yang memisahkan Kelantan dan Selangor.
Walaubagaimanapun, perbezaan gol tersebut masih satu jurang yang besar iaitu sebanyak 14 gol. Jelas barisan pengempur the red warriors amat berbisa dengan pemain kebangsaan Nurshahrul Idlan Talaha mengetuai barisan hadapan Kelantan musim ini. Kedah pula berjaya merampas kembali kedudukan keempat liga setelah menewaskan Perak dalam perlawanan penuh kontroversi pengadil dimana pemain mendakwa gol pertama Kedah oleh Khairil Muhymeen dijaringkan dalam kedudukan offside.
Mutu pengadilan sering timbul kebelakangan ini, termasuk perlawanan sebentar tadi diantara Felda United vs N.Sembilan dan T-Team vs Pahang. Apakah setelah meluluskan pemain import musim depan, akan ada pula pengadil import dari luar?..seperti apa yang dilakukan oleh ISL (Indonesia Super League) yang menjemput pengadil dari Malaysia baru-baru ini untuk mengadili salah satu perlawanan pasukan di ISL.
JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 3 MEI 2011
N.SEMBILAN vs PERAK
HARIMAU MUDA A vs T-TEAM
JOHOR FC vs KELANTAN
KEDAH vs SABAH
KUALA LUMPUR vs SELANGOR
PAHANG vs FELDA UNITED
No comments:
Post a Comment