Lawak Usop Wilcha ( Hantu Kak Limah Balik Rumah ) dan Johan Di ABPBH 2010


" Ketepi-ketepi ", " kita bako! " ," siapa setuju sila angkat tangan macam saya " ,  " itulah gunanya english education "

Tentu anda sudah tahu siapakah yang bakal JR ceritakan ini. berdasarkan trademark dan quote tersebut. Usop Wilcha kini nama yang pasti akan menjadi ingatan pada setiap orang yang menonton ABPBH 2010 baru-baru ini. Mana tidaknya, bersama Johan Raja Lawak, mereka telah menghangatkan suasana malam kemuncak ABPBH 2010 semalam.

gelagat usop wilcha dan johan di ABPBH 2010 - YOUTUBE

Tidak kering gusi melihat gelagat mereka berdua yang berjaya menarik penonton di Arena of Stars, Genting Highland untuk turut sama menghayati gelagat mereka semalam. Hampir satu dewan tersebut mengangkat tangan termasuk artis-artis tempatan sewaktu usop wilcha mengatakan : " siapa setuju sila angkat tangan macam saya ", sambil menggerakkan tangannya seperti dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid.

Jika bukan Shaheizy Sam dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 2010, orang yang JR rasa mungkin boleh diberi anugerah itu pada malam itu, adalah Usop Wilcha atau nama penuhnya, Syed Mohamad Asri Syed Osman yang pernah dikenali dalam dunia seni dengan nama Shy8 satu ketika dahulu. Namun ketika itu hanya segelintir peminat mengingatinya.

KLIK UNTUK ZOOM

Jika anda lihat betul-betul keratan akhbar diatas, Beliau merupakan seorang Pengurus Komunikasi Korporat sebuah badan swasta. Dasyatkan...Berbeza dengan watak dalam HKLBR

p/s : orang no 2 popular lepas Shaheizy Sam malam ABPBH 2010 rasanya Usop Wilcha dan Johan..memang serasi..kalau ada lagi sequal HKLBR - harap-harap gandingan pelakon yang sama lah.




2 comments:

  1. haha.. memang terbaik dia ni.. sepatutnya dia yang dapat anugerah.. hehe

    ReplyDelete
  2. huk aloh tak tengok la plak rancangan tu

    ReplyDelete

Popular Posts