BAGAN DATOH - Tindakan sekumpulan anggota tentera yang menangkap dan menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik membawa padah apabila berhadapan tindakan oleh Kementerian Pertahanan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua anggota tentera terlibat disiasat mengikut Akta Tentera dan didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
Menurutnya, pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku anggota tentera yang didapati terbabit dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
"Dalam siasatan yang dijalankan, seorang pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan telah menjumpai burung enggang dalam keadaan separuh mati kerana dipercayai telah menjadi buruan pemburu lain ketika kejadian berlaku.
"Lalu mereka telah menyembelih burung itu dan mengambil gambar menyebabkan ianya telah tersebar di laman web sosial Facebook," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perkasa, Hutan Melintang semalam.
Ahmad Zahid berkata, perbuatan itu amat dikesali dan kementerian tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikian.
Sebuah akhbar tempatan semalam, menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang didapati telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.
Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam. Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman turut kesal dengan kejadian itu dan telah memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan.

yakkk..sampai camtu skali nk bergambar..haishh
ReplyDeletela comey burung tu, napa le ditembaknya...
ReplyDeletesalah faham............pada umum kita harus tahu dan faham keadaan pada masa itu.........pihak kemertian pertahanan.harus sisat perkara yg sebenar......apa yg berlaku......
ReplyDeleteBtul tu salah faham.. Orang lain yang buat, orang lain yang terpaksa tanggung Kesian...patut pun burung tu disembelih daripada mati. pihak kementerian patut siasat sebaik mungkin.
ReplyDelete