PASUKAN Lotus Renault yang membawa imej Proton, sekali lagi mencipta
kejutan dengan menduduki tempat ketiga podium melalui
pemandunya, Nick Heidfeld dalam perlumbaan kereta
Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang petang tadi.
Pemandu Finland, Heidfeld yang gagal pada pusingan kelayakan dan
terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-18 pada GP Australia dua
minggu lepas, menebus kekecewaannya itu di Sepang apabila mencatat
masa 1 minit 36.124 saat untuk bermula di petak keenam hari ini.
Cuaca yang redup membantu lagi pemanduan pelumba Lotus Renault ini untuk menduduki tempat ketiga dibelakang Juara Dunia, Sebastian Vettel yang menjuarai GP Malaysia kali ini, manakala Jenson Button ditangga kedua.
Sementara itu, Vitaly Petrov pula yang memenangi tempat ketiga pada GP
Australia, menduduki tempat kelapan di belakang Massa dengan perbezaan
0.1s semasa di perlumbaan menerima nasib kurang baik apabila gagal untuk menamatkan perlumbaan ketika saingan berbaki 4 pusingan, ketika beliau berada di kedudukan ketujuh sebelum terbabas dan mengalami masalah teknikal pada jentera Lotus Renaultnya.
Kemenangan ini, sekaligus menempatkan pasukan Lotus Renault di kedudukan 5 pasukan terbaik di tangga ke empat. Dan pasti akan lebih diberi tumpuan oleh pasukan lain selepas ini.
carian-keputusan penuh F1 GP Malaysia 2011,
mantop.. hahaha
ReplyDelete