Harga Minyak Ron 97 Naik Lagi 20 sen 5 Mei 2011


Bermula 12 tengah malam ini, 5 mei 2011 petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter. Kenaikkan harga minyak  RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter, ianya adalah harga lama / harga sebelum ini.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97. RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. 


sumber / diedit :malaysiakini



carian ; minyak naik, petrol ron 97 naik lagi, harga baru petrol 5 mei 2011, kenaikan harga petrol ron97, petrol ron 97 naik 20 sen, berapa harga petrol terbaru, ron 95 tidak naik, harga petrol ron 95 berapa, sebab-sebab kenaikan harga minyak petrol negara malaysia, harga petrol turun, ron 97 turun harga, minyak petrol mana lagi baik shell vs petronas, petronas cepat habis, perbezaan petrol ron 97 dan ron 95

1 comment:

Popular Posts