Keputusan Manchester United vs Chelsea- Match Highlights 8 May 2011


Manchester United vs Chelsea Barclays Premier League 8 Mei 2011 Results
LIGA PERDANA INGGERIS | EPL 2011

MAN UNITED vs CHELSEA 
2 : 1
( xavier hernandes - min 1 , vidic - min 23 ) - ( lampard - 68 min )

Manchester United berjaya menewaskan Chelsea dalam satu pertembungan klasik dalam pemburuan juara liga perdana Inggeris 2011 malam ini. Stadium Old Traffords jelas masih lagi menjadi gelanggang kebal buat United apabila berjaya merobek gawang gol Chelsea seawal minit pertama - apabila permainan baru dimulakan 45 saat sahaja setelah hantaran cantik bintang Korea Selatan Park Ji Sung gagal disekat oleh pertahanan Chelsea iaitu David Luiz dan sampai ke kaki Xavier Hernandes ( Chicharito ) sebelum beliau meledak satu rembatan kencang disebelah kanan gawang Chelsea menewaskan Peter Cech untuk Man Utd selesa mendahului 1-0 seawal minit pertama.

Tersentak dengan jaringan itu, Chelsea menggandakan asakan dengan memantapkan jentera tengah dan serangan dengan beberapa percubaan Drogba berjaya diselamatkan oleh Edwin Van Der Sar. Dalam keghairahan Chelsea mencari gol penyamaan, United pula berjaya melebarkan kedudukan menerusi jaringan Nemanja Vidic hasil tandukan melalui sepakan sudut yang diambil oleh Ryan Giggs pada minit ke 23. 

Di separuh masa pertama jelas dikuasai oleh Chelsea yang tertekan setelah ketinggalan 2-0 dengan beberapa percubaan bahaya, namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Manchester United. Separuh masa kedua semakin rancak dengan kedua-dua pasukan saling membalas serangan, dan akhirnya Chelsea berjaya merapatkan jurang gol hasil jaringan Frank Lampard pada minit ke 68

Chelsea terus menggandakan asakan, begitu juga dengan United yang beberapa kali memiliki peluang baik untuk menambah jaringan tetapi kerap kali berjaya dipatahkan oleh pertahanan Chelsea setelah Ancelotti membuat pertukaran mengeluarkan David Luiz yang bermain agak kurang memberansangkan dengan menggantikannya dengan Alex, dan memasukkan Fernando Torres bagi menggantikan Salamon Kalou diseparuh masa kedua.

Perlawanan kekal berkesudahan 2-1 sehingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan ini, Man United kini selesa mendahului carta terkini Liga Perdana Inggeris 2011 ( EPL ) dengan kelebihan 6 mata dihadapan Chelsea ditangga kedua dan  9 mata didepan Arsenal yang tewas 3-1 kepada Stoke City. Man United hanya memerlukan 1 mata sahaja lagi dari baki 2 perlawanan liga selepas ini, bagi ditabalkan sebagai Juara Liga Perdana Inggeris 2011 untuk rekod, kali yang ke 19.




Carta Terkini EPL / Liga Perdana Inggeris



Match Highlights | All Goals













1 comment:

  1. aku suke gol xavier hernandes.. bola tak disangka2 n style giler!! yg tak leh blah chelsea byk wat hal smpai coach pn bengang.. haha XD

    ReplyDelete

Popular Posts