Bila Blogger Disamakan dengan Anjing - Apa Respon Anda ? | Kontroversi Video Klip Prema Yin - Addicted

Gambit Saifullah Maki Hamun Blogger | Bila Blogger Disamakan dengan Anjing - Apa Respon Anda ?  | Kontroversi Video Klip Prema Yin Addicted  / Marilah| Gambit Saifullah vs Bloggers


Adakah anda sudah baca tweet di atas ? ..jadi apa pendapat anda sebagai seorang blogger ?..Perkara ini terjadi kerana isu video prema yin arahan artis merangkap pengarah muzik video tersebut Gambit Saifullah, yang dikecam hebat oleh ramai pihak dan peminat ekoran kontroversi video klip Gambit tersebut yang dikatakan agak kurang sesuai dengan budaya timur kita..straight to the point..berunsur lucah!..

Lantaran daripada isu tersebut, beliau tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya agak umum yang melibatkan hampir keseluruhan komuniti blogger didalam twitter nya baru-baru ini. Soalan JR pada Gambit, adakah anda tahu jumlah sebenar bloggers di Malaysia ?..Terus terang, JR rasa mungkin lebih ramai lagi dari peminat anda sendiri. Itu kenyataan!..

Sebenarnya, tiada guna untuk menegakkan benang yang basah, sebagai seorang artis popular konon nya la..Beliau seharusnya bersikap profesional dengan peminat. Ada kemungkinan dikalangan bloggers ini, adalah peminat beliau..Tambahan lakonannya dalam siri Awan Dania amatlah best sangat-sangat ~ TDDMKA...


Secara jujurnya, beliau tidak seharusnya melatah dengan situasi ini, dan menamakan 'bloggers' itu secara umumnya..kerana cubit peha kiri peha kanan akan terasa. Begitulah kami ini didalam komuniti bloggers ini. Mungkin secara halusnya, beliau memaksudkan sesiapa yang mengkritik video klip tersebut. Tetapi apakah beliau tidak terfikir semua ini semasa menghasilkan video klip seperti itu.  Sehingga orang oversea  mempertikaikan  Malaysia selepas menonton Prema Yin Addicted Music Video, DISINI.
Pernah suatu ketika dahulu seorang artis yang tweet mengenai kejadian tsunami di jepun sebagai bahan jenaka turut dikecam DISINI , ini kan pula isu yang agak berat seperti ini. Seharusnya ingat, bahawa bukan semua warga Malaysia ini berfikiran terbuka seperti anda..Tweet dari beliau berlarutan sehingga beberapa siri tweet..

kalau ye pun jangan gunakan bahasa tutttt!!...

Nah!..sekarang Gambit Saifullah benar-benar terkenal dikalangan bloggers, dan peminat nya pasti akan bertambah ramai..selepas isu Adinda Evans masuk akhbar harian metro hari ini, kini isu Gambit dan video klip Prema Yin nya pula menjadi berita terkini dan terhangat. Mungkin satu publisti besar untuk tarik peminat menonton video tersebut.



video klip | Prema Yin Addicted Music Video



Tetapi rasanya beliau sendiri menpunyai official web sendiri kan..Adakah beliau juga blogger ?..Apa pula respon kalian, mungkin tiada kaitan dengan kita sebagai blogger kan..

9 comments:

  1. fuyoo..video dasat tu..18sx tuu haha

    ReplyDelete
  2. tgk kat fan page facebook die..ramai yang kecam..semua salah sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. ala..shah jazs n prema yin tu pun kena jugak ar..xde kecoh mcm die pun..diam je..dia suruh peminat thinking positif tpi die jwpn pun xpnh positive!..wtf

    ReplyDelete
  4. @ejal rizal woi..klu blogger x tulis dan sebarkan..xde kecoh semalaya la! wth!

    ReplyDelete
  5. tak tau la nak cakap apa..pandai buat pandai tanggung la...takkan kena sound pun nak melenting..awal-awal tak nak pikir dulu apa reaksi orang kalau video macamtu

    ReplyDelete
  6. bahasa dia sama dengan video tu..
    amat le kurang ajar
    kurang adap kurang sopan
    prema yin sapa..haha tak kenal le..tak glemer langsung..ni buat video porno nak cari glemer kot

    ReplyDelete
  7. @nuriz tpi dia masih xsedar..klu xde kontroversi ni..konpom saya x pnh dgr nama prema yin tu..haha

    ReplyDelete
  8. apa nk jd gn artis skang...makin menjadi2..slh diri x nmpak tp bley ag mengata org..

    ReplyDelete

Popular Posts