Keputusan Final Badminton Terbuka Indonesia 26 Jun 2011 | Lee Chong Wei Juara

Lee Chong Wei Juara Perseorangan Lelaki Badminton Terbuka Indonesia Tewaskan Peter Gade di Final | Keputusan Final Terbuka Indonesia 2011


Lee Chong Wei
meraih gelaran Juara Terbuka Indonesia 26 Jun 2011 sebentar tadi apabila menewaskan Peter Gade dari Denmark dalam aksi Akhir Perseorangan Lelaki Final Djarum Indonesia Open 2011 di Istora Senayan Jakarta sebentar tadi. Lee Chong Wei menang dalam aksi straight set 21-11,21-7 untuk merangkul gelaran Juara Terbuka Indonesia buat kali ketiga berturut-turut, menyamai rekod jaguh tuan rumah Taufik Hidayat yang tewas ditangan Peter Gade di suku akhir.

Lee Chong Wei merupakan satu-satunya wakil tunggal Malaysia yang beraksi di final terbuka indonesia 2011, setelah pasangan beregu emas negara Koo Kiet-Boon Heong dikejutkan gandingan muda tuan rumah di suku akhir. Status pemain No 1 dunia jelas memberi kelebihan buat jaguh badminton negara itu apabila mudah mengenepikan cabaran jaguh Denmark itu walaupun kejohanan yang bermula agak kontroversi dengan isu penarikan diri jaguh badminton China Lin Dan yang menimbulkan banyak persoalan dan keraguan.

Lee Chong Wei jelas tidak mempedulikan permainan psikologi dan taktik kem China itu dan membuktikan beliau berhak memegang status pemain no 1 dunia ketika ini. Dalam pada itu, aksi final beregu lelaki pula menyaksikan pertemuan dua wakil China dimana Cai Yun dan Fu-Haifeng menewaskan rakan senegara Chai Biao dan Guo Zhendong 21-13,21-12 untuk meraih gelaran juara beregu lelaki terbuka indonesia 2011.
sumber : portalsukan.com 




carian : lee chong wei juara terbuka indonesia 2011,keputusan lee chong wei final terbuka indonesia 26 jun 2011, keputusan final badminton terbuak indonesia 2011, terbuka indonesia, djarum indonesia open final result 2011, perseorangan lelaki final terbuka indonesia, lee chong wei vs peter gade 26 jun 2011, keputusan badminton perseorangan lelaki akhir terbuka indonesia 26/6/2011

9 comments:

  1. tahniah lee chong wei..ko memang power dowh..:)

    ReplyDelete
  2. tahniah datuk lee chong wei...

    ReplyDelete
  3. tabik spring ngan chong wei..harap2 la lepas ni ada pelapis sebaik dan serajin chong wei..

    tapi kesian jugak kat pemain china sebab banyak kena boooo..

    ReplyDelete
  4. tak sengit sangat match tadi...peter gade macam taknak melawan jerk

    ReplyDelete
  5. @Fahmi Mustakim ape suruh china ni eksen sgt..lin dan pun trik diri awai2..

    ReplyDelete
  6. chong wei hebat cuma lawannya x kurang menyengat

    ReplyDelete

Popular Posts